GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, October 18, 2015

AMANAH ini tidak ada apa-apa cabaran yang besar kepada PAS?

KOTA BARU: PAS menolak cadangan pembahagian kerusi yang dicadangkan bekas rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP, untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan bertanding di seluruh negara, malah akan menambah jumlah kerusi yang akan ditandinginya.

 "Kita parti peringkat nasional dan kita bertanding di seluruh negara...belum ada DAP kita dah bertanding (pada pilihan raya umum). Kita bukan parti kenegerian dan parti perkauman," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Fastaqim (Himpunan Kebangkitan) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, Sabtu malam.

 Beliau mengulas mengenai cadangan DAP sebelum ini yang mengemukakan formula pengagihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang bagi mengelak pertandingan tiga penjuru yang hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).

 Pengerusi DAP Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata satu-satunya cara ialah PAS bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (Amanah) pula bertanding di negeri lain yang tertakluk atas persetujuan parti pembangkang lain.

 Ditanya mengenai ancaman Amanah terhadap parti itu selepas kebanyakan anggota PAS beralih arah kepada parti serpihan itu, Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang menganggap perkara berkenaan hanya perkara kecil.

 "Kepada kita, Amanah ini tidak ada apa-apa cabaran yang besar kepada PAS.

 PAS pernah menghadapi cabaran lebih besar daripada ini terutama pada tahun 1978 yang menyebabkan rakyat Kelantan buat demonstrasi sehingga menyebabkan kerajaan Kelantan jatuh.

 "Namun demikian kita dapat melangsungkan perjuangan kita dengan cara yang baik dan kita dapat meningkatkan bukan sahaja anggota parti, bahkan meningkatkan pengurusan parti," katanya.-- Bernama  ~ sumber

Komen al-Husseyn :

  Kalau Lim Kit Siang menawarkan negeri Selangor dan Perak, mungkin PAS akan pertimbangkan. Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis adalah negeri miskin...Kah! Kah! Kah!



Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Gelaran Aji Adi ni adalah U-TURN.... jadi apa yang dia cakap dia akan U-TURN kemudiannya. Jadi kena faham, jika dia kata YA maknanya TIDAK, kalau dia kata TAK TAKUT maknanya TAKUT SANGAT-SANGAT.

Anonymous said...

"Wa-SYARIK-hum-Fil-AMWAL"...ALLAH Ber-FIRMAN
"HARTA" Lah Punca...SYIRIK dan MURTAD
"HARTA" Lah Penyebab...Mem Fitnah KAWAN
"HARTA" Lah 'Puncak'...Kesumat yg DAHSYAT


"Wa-SYARIK-hum-Fil-AMWAL"...Wahyu Yg"ESA
"HARTA" Ber TAKHTA...Ber Tuhan Di DADA
"HARTA" Pe Ngikat..."Walaq" & SETIA
Kerana "HARTA"..."Walaq" Di HINA





Apakah "Makna-ERTI".. Pen CURI
Apakah "Makna-ERTI.. Pe NYONGLAP
Pen CURI Pe Nyonglap...Me Nyamun SEMBUNYI
"KUASA-Me-Rembat"...Di Dalam GELAP


"KUASA-Me-Rembat"...Di Dalam GELAP
Projek...ESOS...Komisyen...& BALAK
Ibarat "MAFIA"...Ber Pakat Me NYONGLAP
Ber Million-BILLION...Tak "Siapa" yg NAMPAK?


Ibarat "MAFIA"...Ber Pakat Me ROMPAK
Pantang Di TEGUR...Pantang Di LARANG
Sanggup Mem-FITNAH..U-turn...Me-NYALAK
Semakin Ter DESAK...Ter Gamak Ber "PERANG"?


Semakin Ter DESAK...Ter Gamak Ber "PERANG"?
Se Tiap Pe-NYULOH...Di Anggap Peng KHIANAT??
Pem-FITNAH Pe Nyonglap..."Mafia" yg CURANG
MUSUH Ter-JAHAT...Kepada UMMAT


Tak Se SIAPA Suka...Dengan "MAFIA"
Pem FITNAH Pe Nyamun...Songlap Men-CURI
"MAFIA" pon Tak SUKA...Kalau Di AUTA?
Pen-CURI pon Meng Gila...Kalau Di KHIANATI??



Jangan Me NUDUH...Tanpa Ber BUKTI?
VellFIRE Range ROVER...Bukan nya "MAHAL"??
ESOS dan Balak...London Dan TURKI???
Mudah nya "MAFIA"...Men Curi Me NYUNDAL????


Di Pasar MALAM...Menjual AYAM
Kapcai BURUK pon...Susah nak BELI
Dengan BMW...Handsome Me LARAM
Alangkah "MAGIK" nya..."Mafia" Men CURI







Wahai Sahabat...Sahabat yg AMANAH
Insafi lah NAFAS Mu...Di Beri"NYA PERCUMA
Jangan lah Mem-FITNAH...Me Nyundal RASUAH
Nanti Ter BAKAR...Panas Ter SIKSA


Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
Jadi lah Hamba"NYA...Yg Suka Mem-BERI
Mem-BERI itu...Sifat"Nya-TUHAN
Semakin Mem-BERI...Ber Ganda2 Di LIMPAHI...


Dah tau tak per Yeop
Itu ler yg trjd bila ""HARTA"" ber Tuhan di dada..

FITNAH Ponteng PUTOR Belit U_TURN..semua "Hudud-Had2-Batas2" LARANGAN itu dilanggarnya!





Ramboo III said...

Jahilnya husin lampoyang..anda melihat wang,harta, pangkat dan kuasa semata2..tp presiden melihat dunia akhirat redha allah..kata kena dikota boss..kami mau hudud disokong, bkn sokong dap& pan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...