GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, October 12, 2015

AMANAH VS PAS

Oleh: Dr Tanaka Mustafa 

1) PAN akan lawan 3 penjuru jika terpaksa. Seperti biasa, PAS akan kondem PAN sebagai pengkhianat yang sengaja mahu membiarkan BN menang percuma sebagaimana PAN menganggap PAS keras kepala yang juga sengaja manu BN menang mudah.

2) Namun saya tidak rasa PAN akan bertanding 3 penjuru di tempat yang PAS boleh menang. Mereka akan bertaruh di kawasan yang pengaruh PAN dan PH kuat sekalipun PAS menjadikannya 3 penjuru. 

3) PAN walaupun parti baru, tetapi penggeraknya sangat berpengalaman dalam bidang perangkaan dan strategik pilihanraya. Mereka ada data-data culaan pengundi dan strategi memenangi pengundi di sesuatu kawasan. Dr Hatta Ramli adalah bekas pengarah pilihanraya PAS. 

4) PAN tidak bercakap kosong jika bertekad mahu 3 penjuru jika terpaksa. Mereka akan bertanding dengan kapasiti dan berstrategi. Saya agak 80% keinginan mereka bertanding walau 3 penjuru sekalipun adalan semata-mata mahu menewaskan BN. Hanya 20% mungkin untuk mengajar PAS. Jika PAS menang, it's ok. 

5) Tetapi PAS jika 3 penjuru dengan BN dan PAN, tentunya 50% keinginan untuk menumbangkan BN dan 50% untuk mengajar PAN. Atau jika saya silap, mungkin 60% untuk membantai PAN, 40% untuk tewaskan BN. Jika PAN menang, ia tamparan yang hebat dan mereka akan pastikan ia tidak terjadi. 

6) PAN mempunyai strategist yang ampuh kerana mereka sudah lama bekerja dalam bidang ini semasa dalam PAS dahulu. Namun untuk mengatakan PAS kehilangan sepenuhnya strategist, ia adalah satu andaian yang pendek akal. 

7) Cuma kita mahu lihat apakah daya Startegis PAS berdepan dengan bekas Strategis mereka suatu ketika dahulu.

Sekian
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Strategist Pas berkemungkinan adalah bayangan strategidst UMNO... Mustapha Ali...ermppp...

Anonymous said...

Dlm satu artikel dlm blog KDL, seorg penulis bkata Dr Mahathir pernah bkata Umno menang bnyk PRU lepas krn org Melayu takut undi PR. Mrk takut bila PR perintah DAP akn brkuasa. Mungkin atas sbb ini PAS putus dgn DAP utk dpt undi melayu semasa umno sedang lemah. Sbb itu PAS cukup yakin mrk lebih kuat bila brsendirian. Mungkin itu juga sbb mrk nak btanding di bnyk tempat.

Anonymous said...

Assalamualaikum...inilah percaturan politik masa kini...perlu tahu hala tuju setiap parti...skrg majoriti rakyat dan pengundi dah boleh menilai...pan sebuah parti yg bsru...pas sudah lama betapak dibumi malaysia...namun penggerak aktif dlm pas byk yg kluar sertai pan...yg tinggal dlm pas adalah penggerak baru...org lama dlm pas pun kluar...nk kata pas akan berkubur?tak mungkin skali...sebb byk pendakwah pas berkerja kerajaan...yg memegang jawatan tinggi dlm parti pas skrg pun byk lagi yg kerja kerajaan...contonya cikgu2...bg saya...mudah utk menilai kehendak penjawat awam yg ingin berpolitik tnpa ada ganggu dipindahkan...hahaha...ada keuntungan buatnya...masuk pulak bab pecah undi jika pan bertanding dikawasan yg sama dgn pas...bayangkan...hahaha...pelikkah???seingat saya pd pru yg lepas...pas sendiri pecahkan undi pakatan rakyat...pelikkah???knp skrg kata timbul pecah undi????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...