GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, October 21, 2015

Bank Negara Malaysia digesa bertindak segera

 Bank Negara Malaysia digesa bertindak segera menggunakan kuasa yang mereka ada dari segi penguatkuasaan atau dikenali sebagai tindakan pentadbiran terhadap 1MDB kerana melanggar atau tidak mematuhi peraturan dan undang-undang di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan.

 Pada 9 Oktober, BNM membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA)untuk pelaburan di luar negeri yang bernilai US$1.83 bilion (RM7.5 bilion)kerana didapati maklumat yang diberikan adalah sama ada tidak tepat atau tidak lengkap.


 Bank Negara perlu mengambil tindakan tersebut berikutan syornya agar pendakwaan jenayah diambil terhadap 1MDB telah ditolak; sebaliknya, Peguam Negara mendapati pegawai 1MDB yang disiasat di bawah ECA tidak memberikan maklumat palsu dan membersihkannya daripada sebarang salah laku.

 Dengan kenyataan BNM bahawa ia mempunyai kuasa untuk bertindak dari segi penguatkuasaan itu, yang ditunggu seterusnya ialah keberanian mereka untuk melaksanakannya. Tidak guna sekadar mengaku ada kuasa, tetapi tidak berani melaksanakannya.

 Soal jenayah memang kuasa Peguam Negara, tetapi dengan tetap bertegas melaksanakan undang-undang berdasarkan kuasa yang ada padanya terhadap sesiapa juga yang didapati bersalah, ia sekurang-kurangnya menjadikan BNM terus dihormati. 

 Biarlah Peguam Negara dengan keengganannya itu diadili oleh kebijaksanaan rakyat menilainya.

 Berdasarkan keyakinan BNM bahawa 1MDB telah melakukan kesalahan sebagaimana syornya kepada Peguam Negara serta berpegang kepada kuasa yang ada padanya, demi intergriti dan keyakinan orangramai terhadapnya, tindakan tidak seharusnya dilengahkan lagi. 

 Ayuh BNM...jangan buang masa lagi. Bertindaklah berasaskan kebenaran dan keberanian dengan segera. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...