GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, October 02, 2015

Himpunan Merah Pulau Pinang mengancam ketenteraman awam

Polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menganjurkan “Himpunan Merah Pulau Pinang” yang didakwa akan diadakan di perkarangan Komtar, di George Town esok.

 Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata setakat ini pihaknya tidak dimaklumkan berhubung perhimpunan berkenaan.

 "Tiada pihak yang memohon permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan dan saya beri amaran kepada orang ramai agar tidak menghadirinya. Pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya jika perhimpunan itu diteruskan," katanya ketika dihubungi di George Town, hari ini.

 Poster mengenai “Himpunan Merah Pulau Pinang” itu tersebar di beberapa blog dan laman sosial Facebook hari ini dan mendakwa ia bertujuan mendesak kerajaan negeri menarik balik larangan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang.

 Perhimpunan itu dirancang diadakan esok di Komtar selepas solat Jumaat, bagaimanapun tiada pihak yang mengaku menganjurkannya. Baca seterusnya di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Borhan Sharif said...

Saya takut nak join.... BUAT NYA FRU TUNGGU DENGAN GPMG..... HABIS!!!.
Baik join MUFTI dan mendalami ilmu UGAMA dari pada join geng baju merah yang menyala macam warna Api Neraka......

Anonymous said...

Kita hrp IGP memandang serius buat phimpunan tanpa pmhonan permit 10 hr sblum dlaksanakn. Polis perlu ada integriti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...