PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Wednesday, October 21, 2015

HUDUD OHH HUDUD

  
Malam tadi tepat detik 12 tengah malam laungan takbir dilaungkan lima kali sebagai tanda genap 25 tahun dasar Membangun Bersama Islam (MBI).....Apa dengan cerita Hudud?

 Takkanlah Mat Ya'kub sekadar bersyukur bila Mahkamah Persekutuan menolak usul difailkan Gerakan bagi mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015). Mat Ya'kub kata kejayaan itu hasil kesungguhan pasukan peguam dilantik kerajaan negeri mempertahankan kanun berkenaan.....Ha! ha! ha! Cakap seolah-olah dah berjaya sangatlah tu!
  
Letaklah jawatan....mu janji dah hari tu kan?


 Berikut status dari Abdul Rahman Abdul Talib di fesbuk :

1) AMARAN “Kita tunggulah Oktober nanti untuk sesi Parlimen seterusnya. Kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis2an” - Dato Mohd Amar (20 Jun 2015, Sinar Harian) 

2) WAS-WAS “Itu kami belum putuskan (tanya samada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah memfailkan usul rang undang2 persendirian untuk sidang Parlimen yang akan dating)” - Dato Takiyuddin (13 Oktober 2015, Malay Mail Online) 

3) TIDAK BOLEH “Kita hanya akan boleh kemukakan usul pindaan rang undang2 berkenaan selepas proses mahkamah selesai. Apabila proses mahkamah selesai, kita akan pilih satu tarikh baru untuk mengemukakan usul pindaan rang undang2 ke Parlimen nanti” - Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (19 Oktober 2015, The Malaysian Insider) 

4) TIDAK BOLEH “Rang undang2 (rang undang2 persendirian) itu tidak boleh dibawa ke Parlimen sehingga kes di Mahkamah Tinggi diselesaikan” - Dato Takiyuddin (20 Oktober 2015, The Malaysian Insider) 

5) BOLEH “Bagi saya tidak seharusnya kes yang berada di mahkamah itu menjadi penghalang kepada institusi pembuat undang2 paling tinggi dalam negara kita (Parlimen). Speaker harus membuat peraturan untuk menegaskan bahawa proses di mahkamah itu satu perkara yang tidak boleh menghalang speaker atau Parlimen untuk menggubal atau meminda apa2 undang2 Contoh, saya kata pindaan Akta Hasutan juga melalui proses yang sama di waktu Prof Azmi Shahrom menyaman pihak Kerajaan dan kita ahli2 Parlimen telah bertemu dengan Speaker untuk menyatakan bahawa adalah tidak wajar untuk pindaan itu dibentang atau diteruskan kerana takut apa jadi nanti dengan keputusan mahkamah. Tetapi akhirnya Speaker yang berkuasa terus membenarkan Akta Hasutan itu dipinda walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan yang dibuat oleh Prof Azmi Shahrom itu dibuat dalam tempoh dua minggu yang lalu” - Dato Mahfuz Omar (21 Oktober 2015, Astro Awani) 

PENING 
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Bila hudud di politikkan oleh org agama..mcm tu lah jadinYa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...