GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, October 03, 2015

Memang Timbalan Menteri Pertanian itu 'Kuang Ajaq'

Dituduh sebagai kurang ajar oleh Ling Leong Sik
Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik menyifatkan  kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina yang dibuat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai "kurang ajar".

 "Itu ucapan kurang ajar. Saya tak pernah bermimpi atau terfikir untuk lempang orang Melayu.

 "Itu salah, hendak cakap pun salah, inikan pula hendak lakukan. Ini kurang ajar," kata Dr Ling kepada pemberita dalam sidang media Pesta Minda Malaysia ke 11, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di Setapak sebentar tadi.

 Malah, Dr Ling juga berkata anggota Parlimen Pasir Salak itu perlu memohon maaf kepada rakyat Cina di negara ini atas keterlanjurannya.

 “Patut (minta maaf) jika beliau ada berkata begitu, dia patut minta maaf,” katanya di sini.

 Khamis lalu, Tajuddin mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Duta Besar China ke Malaysia Huang Huikang melawat Jalan Petaling pada 25 September lalu.

 Beliau kemudian menafikan membuat kenyataan begitu.

 Lawatan Huang itu dilakukan sehari sebelum perhimpunan berbau perkauman dianjur pihak tertentu yang membuat beberapa desakan bagi 'mengubah' keadaan di pusat komersial didominasi peniaga Cina itu.

 Huang didakwa menimbulkan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan bahawa negara China menentang sebarang bentuk ekstremisme dan rasis terhadap kaum tertentu.

Sementara itu bekas menteri penerangan Tan Sri Zainudin Maidin menyarankan Datuk Tajuddin Abdul Rahman agar tidak meminta maaf kepada masyarakat Cina kerana tindakan ia tidak akan mengembalikan sokongan mereka kepada BN.

Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

sultan ankara

The wannabe Sultan in Ankara started to change his language but will have to do much more. Should he be stupid enough to continue to supply Al-Qaeda and the Islamic State, the Kurdish PKK -with which he is unnecessarily at war within Turkey- may suddenly find an excellent supply source for some serious anti-tank missiles and other goodies. The Turkestan Islamic Party, Uighur Islamists who were smuggled by Turkey from China to Syria, now trains child soldiers in Idlib. Does Erdogan believe that China will ignore them? Or will it rather send its navy and a special force brigade to eradicate that looming danger? Erdogan pissed off Russia, China and, with his war against Kurds, also the United States. All at the same time. You don't mess with all three superpowers at once without serious personal consequences

http://www.moonofalabama.org/ http://www.moonofalabama.org/

Anonymous said...

Hehehe zainudin maidin! Hehehe mamak menyamar jadi melayu, jadi batu api. Hehehe

Anonymous said...

DS TAJUDDIN ADALAH WIRA MELAYU.......
DS tak perlu mohon maaf kepada MCA...GERAKAN lebih2 lagi kpada DAP
DS adalah pemimpin MELAYU... YANG PERLU DIPERTAHANKAN BUKAN OLEH UMNO SHJ TETAPI TERMASUK PAS... PARTI ISLAM YG MEMPERJUANGKAN MELAYU ISLAM....
HARAPAN KAMI AHLI PAS PRU14 ADALAH PERTANDINGAN 2 PENJURU..
1. UMNO DAN PAS... PARTI MELAYU ISLAM.
2. PAKATAN.... KUMPULAN. .PEMBANGKANG CAMPUR MCA...MIC...DLL.
ISLAM YG DIPLOPORI OLEH YB DATO TUAN GURU H. HADI AWANG PASTI MENANG...
TUAN PRESIDEN SEBAGAI PM2......
HIDUP PAS
HIDUP PAS
HIDUP PAS

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Anonymous said...

DS TAJUDDIN ADALAH WIRA MELAYU... YANG PERLU DIPERTAHANKAN BUKAN OLEH UMNO SHJ TETAPI TERMASUK PAS... PARTI ISLAM YG MEMPERJUANGKAN MELAYU ISLAM.... HARAPAN KAMI AHLI PAS PRU14 ADALAH PERTANDINGAN 2 PENJURU.. 1. UMNO DAN PAS... PARTI MELAYU ISLAM. 2. PAKATAN.... KUMPULAN. .PEMBANGKANG CAMPUR MCA...MIC...DLL. ISLAM PASTI MENANG... TUAN PRESIDEN SEBAGAI P.M 2 HIDUP PAS HIDUP PAS HIDUP PAS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...