GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, October 19, 2015

Mengapa rasa terancam bila PM, majoriti pemimpin Melayu, soal presiden MIC

OLEH YASMIN RAMLAN  
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini mempersoalkan mengapa kaum Melayu perlu berasa terancam dengan kaum-kaum lain di negara ini, sedangkan majoriti jawatan pegawai atasan dipegang mereka.

 Subramaniam berkata, disebabkan itu kaum Melayu merupakan kaum yang tidak akan diancam di negara ini.

 "Baru-baru ini kita hadapi satu krisis di mana kita diberitahu Melayu sedang diancam walaupun komuniti yang tidak akan diancam dalam negara ini adalah komuniti Melayu.

 "Mengapa? Ini kerana ia merupakan komuniti di mana 90% daripada pemimpinnya datang daripada komuniti Melayu.

 “Perdana menteri, timbalan perdana menteri, 80-70% daripada menteri Kabinet adalah Melayu. Kesemua menteri besar adalah Melayu, majoriti daripada askar adalah Melayu dan 98% anggota polis adalah Melayu," katanya ketika berucap pada mesyuarat Persidangan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC di Menara Felda, Kuala Lumpur hari ini.

 Menteri kesihatan itu berkata sekiranya kaum Melayu berasa terancam, bagaimana pula dengan kaum India yang dirasakan seperti tidak terlibat dalam membangunkan negara.

 "Bagaimana mereka berasa terancam? Jika mereka diancam, bagaimana pula dengan kita?

 "Komuniti India merasakan negara ini berkembang pesat, tetapi kami tidak berasa sebahagian daripadanya," katanya.

  Dr Subramaniam berkata, setiap masyarakat di Malaysia tidak mengira kaum dan agama mempunyai harapan masing-masing terhadap negara ini. – 18 Oktober, 2015. ~ sumber

Komen al-Husseyn :  

 Pemerintahan beraja diseluruh negeri sebanyak 9 masih ditadbir oleh kerajaan raja - raja Melayu - Pahang , Johor , Terengganu , Kelantan , Kedah , Perlis , Perak , Selangor dan Negeri Sembilan. Walaupun komuniti India mempunyai ramai warisan diraja - Rajagopal, Rajamani, Rajashree , tapi mereka ini tidak pernah pun mengancam kedudukan raja-raja Melayu.....Ya, Kenapa orang Melayu rasa terancam? kah! kah! kah!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...