GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, October 08, 2015

Menggemparkan! Pejabat Peguam Negara kata "tiada pendakwaan terhadap 1MDB"

Jabatan Peguam Negara mempertahan keputusan awal berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan menegaskan tiada pendakwaan ke atas syarikat sarat hutang itu kerana tidak menemui sebarang kesalahan dilakukan.

 Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Majlis Raja-raja Melayu mengeluarkan kenyataan supaya isu 1MDB diselesaikan segera, dua hari lepas.

 "Mengambil kira permintaan dan fakta tiada bukti baharu ditemui, peguam negara memutuskan mempertahankan keputusan awal yang dibuat," kata kenyataan Jabatan Peguam Negara hari ini.

 Jabatan Peguam Negara berkata mereka sudah menerima kertas siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 21 Ogos, namun Timbalan Pendakwa Raya 1 Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah memutuskan 1MDB tidak melakukan kesalahan dan mengarahkan tiada tindakan diambil.

 "Kertas siasatan dipulangkan semula kepada BNM pada 11 September, 2015.

 "Keputusan itu juga sudah diberitahu kepada BNM pada hari sama," katanya.

 Siasatan BNM dibuat mengikut bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 yang berkuat kuasa sebelum 2013, berkaitan dengan 1MDB.

 Kenyataan tersebut juga memaklumkan menerima permintaan daripada BNM supaya menyemak semula keputusan tersebut pada 1 Oktober.

 Sementara itu, kenyataan tersebut turut menafikan laporan mengatakan kertas siasatan masih berada dengan Jabatan Peguam Negara.

 "Berkenaan isu ini, pihak Jabatan Peguam Negara ingin menegaskan terdapat laporan antara 12 September, 2015 hingga sekarang mengatakan kertas penyiasatan masih berada dengan Jabatan Peguam Negara dan perbincangan masih berjalan adalah tidak tepat dan tidak benar,” katanya.

 Pendirian Jabatan Peguam Negara itu berbeza dengan gesaan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada sidang media pada 13 Ogos lalu yang mencadangkan "tindakan penguatkuasaan" ke atas 1MDB.

 Mengenai siasatan yang dijalankan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara memberitahu kedua-dua agensi tersebut masih belum melengkapkan siasatan kerana belum merekodkan kenyataan beberapa saksi dalam siasatan mereka. Jabatan Peguam Negara juga menegaskan pasukan khas menyiasat 1MDB tidak pernah dibubarkan dan tidak pernah membuat kenyataan sedemikian.

 Dua hari lepas, Majlis Raja-raja Melayu bertitah mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak yang terlibat. – 8 Oktober, 2015. ~ SUMBER
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...