GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, October 20, 2015

Mufti tegur ustaz kaut untung upah baca Quran hingga RM3,000

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur pendakwah tertentu yang mengaut keuntungan atas nama agama dengan menjadikan bacaan Al-Quran sebagai sumber menjana pendapatan.

 Mufti Perlis berkata walaupun golongan berkenaan akan berasa tidak senang dengan teguran itu dan menuduh pengkritiknya sebagai Wahhabi, namun imam besar Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri tidak melakukan perkara demikian. 

“Tanyalah mereka apakah imam-imam Ahli Sunnah yang mulia seperti Abu Hanifah, Malik, Syafii, Ahmad, al-Thauri, al- Auza’i dan seumpamanya mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas nama agama semasa hayat mereka?

 “Bahkan pendapat al-Imam al-Syafii bahawa hadiah bacaan Al-Quran tidak sampai kepada si mati.

 “Jika beliau hidup di zaman ini, nescaya beliau juga dituduh Wahhabi oleh golongan Ahbash dan penyokong Syiah yang berbaju Sunni yang berkeliaran ketika ini,” katanya di laman Facebook miliknya lewat malam tadi.

  Asri berkata walaupun ulama berbeza pendapat tentang hadiah bacaan Al-Quran kepada si mati, namun adakah mereka menyuruh mengaut keuntungan atas nama agama seperti ini.

 “Jangan sampai nanti orang menganggap duit boleh beli syurga melalui wakil-wakil Tuhan yang mencetak pahala buat si kaya! 

“Kembalilah kepada Ahli Sunnah yang tulen seperti yang diamalkan oleh generasi salafus soleh,” katanya.

 Asri menerusi tulisan sama menyiarkan potongan iklan tiga ustaz di Singapura yang menuntut upah bagi khatam Al-Quran di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan bayaran antara $S350 (RM1,068) dan $S500 (RM1,525).

 Manakala seorang lagi ustaz menuntut $S1,000 (RM3,051) jika khatam Al-Quran itu diadakan di rumah sendiri diikuti dengan bacaan tahlil dan doa selamat. Walaupun mufti itu tidak menamakan ustaz-ustaz terbabit tetapi imej iklan tersebut memuatkan nama mereka.~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...