GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, October 28, 2015

Najib punya kawan kata, pegang plakad "Mana RM2.6 bilion" biadap

 Tindakan parti pembangkang yang memegang plakad "Mana RM2.6 bilion" selepas Datuk Seri Najib Razak selesai pembentangan Bajet 2016 di Parlimen Jumaat lalu disanggah PAS.

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keenganan parti Islam itu menuruti langkah parti pembangkang lain kerana menyifatkan ianya merupakan tindakan tidak sopan. ‎ Hadi berkata, ia tidak wajar dilakukan ahli Parlimen kerana perbuatan tersebut hanya dilakukan peserta demonstrasi.

 "Kita bukan peserta demonstrasi, kita ahli Parlimen yang beradab," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini di sini

 Mengulas kenyataan Hj Hadi, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, Pakatan Harapan tidak melihat protes melalui mengangkat sepanduk atau plakad di dalam Dewan Rakyat sebagai perbuatan tidak beradab dan bersopan seperti dakwaan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 "Kita bukannya membaling kasut, kerusi, atau apa pun. Tak seperti di Eropah, mereka baling gas pemedih, sebagai tanda protes.

 "Tapi kita mengangkat plakad. Itu sudah cukup beradab. Tidak timbul huru-hara," kata wakil rakyat Parti Amanah Negara (Amanah) itu pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

 Khalid berkata, protes tersebut bakal diteruskan selagi ia tidak mendapat teguran daripada speaker.

"Protes ini akan berterusan. Kita harap ahli pembangkang lain akan bersama menyertai kita.

 "Kita akan teruskan selagi tidak ada tertulis (larangan) dalam Peraturan Mesyuarat Dewan, (selagi) speaker tidak membuat kenyataan," katanya.

 Sementara itu, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke berkata, kenyataan Hadi itu tidak selari dengan tindakan parti Islam itu sendiri sebelum ini.

 Wakil rakyat DAP itu berkata, PAS ketika pembentangan bajet tahun lalu, ketika masih berada dalam Pakatan Rakyat, bersama menyokong protes plakad anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

 "Kenyataan beliau tidak konsisten. Pada tahun lepas, beliau juga memegang plakad membantah pelaksanaan GST.

 "Saya harap, Hadi meskipun tidak bersama dengan kami (Pakatan Harapan), tetapi beliau mestilah konsisten dengan pendirian," katanya.

 Sebaliknya, Loke menyifatkan tindakan Pakatan Harapan memegang plakad itu sebagai satu cara yang kreatif dalam menyampaikan mesej. Baca lagi di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...