GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, October 24, 2015

Nak Jadikan PAS parti Sekular : Khalid Samad Cabar Hj Hadi buktikan tuduhannya

 Pengarah Komunikasi, Parti Amanah Negara, YB Khalid Samad melalui tulisannya di sini telah mencabar Presiden PAS Hj Hadi supaya membuktikan tuduhannya bahawa cadangan pindaan perlembagaan yang diusahakan untuk PAS tempohari bertujuan untuk menjadikan PAS sebuah parti sekular.

 Menurut Khalid, Presiden PAS telah menuduh JK Pindaan Perlembagaan “ingin pinda perlembagaan sehingga hilang kuasa Al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas dalam PAS”. Sedangkan apabila dilihat kepada cadangan pindaan berhubung ‘Hukum dan Kekuasaan’ iaitu Fasal 7, kedudukan Al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas kekal sebagai hukum tertinggi.

 Menurut Khalid, JK Pindaan Perlembagaan dan perlantikan Saudara Asmuni sebagai Pengerusinya adalah keputusan AJK PAS Pusat. 

 Beliau turut menjelaskan bahawa perkara yang ingin dipinda telah dibincang secara umum dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. 

 Beliau dengan tegas menafikan pindaan perlembagaan tersebut sebagai satu konspirasi bertujuan untuk mengambil alih kuasa Al-Quran dan Sunnah yang berada dengan Majlis Syura Ulama.

 Antara perkara yang ingin dilakukan mengenai keanggotaan Ahli Majlis Syura Ulama (Fasal 8), adalah untuk menentukan mereka yang dilantik oleh AJK PAS Pusat bukan terdiri dari AJK PAS Pusat itu sendiri. Begitu juga yang dilantik oleh Dewan Ulama Pusat semestinya selain dari anggota Dewan Harian Dewan Ulama Pusat. Ini bertujuan untuk mengelak dari berlakunya pertindihan dan ‘conflict of interest’ atau pertembungan kepentingan.

 “Cadangan pindaan itu apabila siap hendaklah dikemukakan kepada AJK PAS Pusat untuk persetujuan. Selepas dipersetujui AJK PAS Pusat, ianya hendaklah dibawa ke muktamar untuk kelulusan. Oleh itu pindaan perlembagaan ini akan dibincangkan oleh muktamar untuk mendapat persetujuan, ” jelas Khalid.

 Beliau turut menyatakan, perbezaan antara AMANAH dan PAS adalah soal pendekatan bukan aqeedah. Beliau menyelar pendekatan fitnah dan berbohong digunapakai oleh Presiden PAS dan kumpulannya kerana tidak mampu menangkis melalui perbahasan dan penghujahan.

  Khalid menganggap tuduhan ini merupakan satu pembohongan yang bertujuan untuk memburukkan mereka yang setandan tersingkir, supaya tindakan penyingkiran itu dapat diterima ahli PAS.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Teruk sangat dah hadi awang ni. Dah mcm tua nyanyuk dah. Mudah2an dia sempat bertaubat sebelum mati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...