GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, October 13, 2015

Pakatan Harapan jangan dipatuk ular yang sama .....

Mesej yang disampaikan oleh Pengarah Komunikasi AMANAH, YB Khalid Samad melalui  KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH) BERHUBUNG KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN  kelmarin itu amat jelas mahukan satu gabungan pembangkang yang mampu berkerjasama dan sanggup mengenepikan perbezaan dalam usaha menyelesaikan krisis negara yang semakin meruncing.

Apa yang disarankan melalui kenyataan tersebut adalah langkah-langkah yang perlu dijadikan dasar bersama supaya perkara yang pernah dialami ketika bersama dalam Pakatan Rakyat tidak berulang kembali.

 Mereka yang berminat untuk menyertai gabungan pembangkang sudah pastinya tidak boleh menyifatkan mana-mana pihak dalam gabungan sebagai pengkhianat yang perlu dihapuskan kerana lebih jahat dari musuh. 

 Persoalan disiplin dan kejujuran adalah amat vital dalam sesuatu permuafakatan.Pengalaman-pengalaman yg lalu telah memperlihatkan kepada kita kegagalan menyempurnakan dua persoalan tersebut yang telah menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur.

 Kita tidak mahu perkara yang sama berulang kepada Pakatan Harapan - dipatuk ular yang sama pada lubang yang sama.Pengalaman pertama dipatuk adalah pelajaran, tapi bagi kali kedua, itu adalah kebodohan.

 Amalan bermusyawwarah demi mencapai kata sepakat dalam menangani semua persoalan tetap merupakan dasar yang perlu diamalkan.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Paling aku taakut kumpulan orang macam ni ler.

Anonymous said...

Pendeknye komen. Mana idea?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...