GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, October 07, 2015

PAS Amalkan Politik Janda Gila Talak

Oleh ramziredang

 "Sehari dua ini PAS mempersoalkan tentang di manakah kerusi yang AMANAH akan bertanding? Jika tiga penjuru dengan PAS tidakkah memberi kelebihan kepada BN? Padahal sebulan lepas PAS telah umumkan akan bertanding di semua kerusi DAP. Kenapa pada masa itu PAS tidak fikir jika tiga penjuru dengan DAP tidakkah itu memberi kelebihan kepada BN? Apakah PAS boleh tikam orang tetapi orang tidak boleh tikam PAS?

 Apa perlunya PAS mempersoalkan tentang parti lain? Terutama tentang AMANAH dan DAP? PAS telahpun dipelawa untuk bersama sama dengan PAKATAN HARAPAN. Jelas sekali PAS menolak.

 Apapun nama yang digunapakai samada Pakatan Harapan atau PR 2.0, matlamatnya adalah "membina satu gabungan yang kuat dikalangan pembangkang untuk menjatuhkan BN".

 PAS sudah menyatakan pendirian. PAS tidak sudi. PAS menolak. Jadi apa perlunya PAS persoalkan tentang pembahagian kerusi? Apa sahaja alasan boleh diberi oleh PAS. Beribu alasan boleh direka. Samada kerana tidak ingin bersama DAP atau Amanah. Tetapi hakikatnya rumusan PAS tidak sudi itu memberi maksud: PAS TIDAK SUDI UNTUK BERSAMA SAMA RAKYAT UNTUK MENOLAK BN

PAS sama sekali tidak layak untuk berbincang tentang pembahagian kerusi di mana Amanah patut bertanding. Kehendak yang membuak buak di dada rakyat sekarang adalah, matlamat menjatuhkan BN. Matlamat menjatuhkan BN ini sangat besar. Tidak kira apa sahaja halangan akan dirempuh. Samada dengan PAS atau tanpa PAS bukan isu utama lagi sekarang. Malah andai PKR berpecah sekalipun matlamat rakyat tetap maju. Pemimpin PKR yang mempersia siakan kehendak rakyat akan dihukum.

 Biar kami nyatakan di sini, tidak kira wan azizah,azmin, hadi awang, mat sabu, lim guan eng atau siapa sahaja yang tiba tiba cuba mengubah arah dari kehendak rakyat, kami akan jatuhkan mereka. Pemimpin yang serba salah akan ditolak oleh rakyat. Masa tetap berjalan. Rasa ditindas makin membelenggu rakyat. Mereka akan membenci siapa sahaja yang mempermainkan kehendak rakyat.

PAS berpolitik tanpa berpijak di dunia nyata. Pemimpin pemimpin konservatif masih berhayal dengan 'rasa kuat' mereka. Kerana itu sedari dulu lagi mereka menilai PAS dengan terlalu mahal. Sebab itu ramai pemimpin PAS terlalu memperkecilkan cara rakyat berfikir. Mereka merendahkan level intelektual rakyat. Gaya politik zaman 60an untuk rakyat 2015. Lapuk

 Anda boleh baca tulisan tulisan seperti subky latif, dr khairudin at takiri, tuan ibrahim tuan man dan ramai lagi pemimpin pemimpin PAS yang menulis. Dari ramai ramai mereka yang menulis itu, ada kebersamaan dalam tulisan mereka iaitu, tanpa sedar mereka menilai PAS terlalu mahal dan merendahkan pemikiran rakyat sekararang. Terlalu asyik dengan gaya politik 60an, ada sempadan tertentu. Terlena. Tidak sedar sekarang adalah dunia tanpa sempadan.

 Mereka sering mengagung agungkan kemenangan lama. Merasa megah dengan 'angka keahlian'. Dari segi geo politik mereka tidak sedar tentang 'kuasa ketiga'. Jika PAS menang kerana ahli, tentu sahaja setelah PAS berjaya menawan terengganu, PAS akan kekal memerintah sampai sekarang. Jika ahli PAS kuat dan teguh tentu sahaja kedah tidak terlepas ke tangan BN.

 PAS perlu faham dan kaji selidik mendalam tentang 'kuasa ketiga' atau non partisan. Merekalah selama ini yang menentukan siapa yang patut menang di mana mana negeri. PAS masih terlalu berbangga dengan himpunan penyokong sendiri. Sebab itulah gaya sentimen berapi api masih lagi gaya pilihan utama PAS.

 Bila rakyat meninggalkan mereka dan menolak mereka ke tepi, mereka mula mencipta andaian yang berupa 'ugutan mental'. Kononnya kerusi BN akan kuat atau sebagainya. Lucunya bila dinyatakan "PKR dan DAP pasti tidak akan menyerahkan kerusi mereka kepada AMANAH. Lalu dimana pembahagian kerusi untuk amanah?". Soalan yang memang PAS sendiri tahu jawapannya.

 Sejarah juga telah membuktikan, PAS bukanlah sebuah parti yang boleh dipercayai terhadap 'janji pembahagian kerusi'. Janji PAS janji munafik. Malah munafiknya berulang ulang. PAS pernah masuk bertanding di kerusi PKR. Bila berlaku kekecohan lalu diadakan mesyuarat di kalangan pimpinan, lalu keluar rumusan supaya diserah kepada PKR juga. Tetapi munaifknya selepas itu PAS tetap juga sekali lagi berkempen. Tidakkah itu bermaksud betapa kukuhnya munafik PAS dalam berjanji?

 PAS perlu faham, gabungan pembangkang sekarang akan bertanding di semua kerusi melawan BN. Tidak kira di kawasan PAS bertanding atau tidak. Dengan tujuan dan harapan agar dapat membina Malaysia Baru. Cita cita Pakatan Harapan adalah memerintah Malaysia dengan lebih makmur.

 Dari segi taktikal. kononnya mungkin perlu ada sedikit persetujuan dengan PAS supaya kerusi PAS diserahkan kepada PAS lantaran itu BN akan lemah. Bagi saya itu hanya strategi yang menyukarkan Pakatan Harapan dikemudian hari.

 Andai kata BN jatuh, tetapi kekuatan Pakatan Harapan pada masa itu memerlukan juga kerusi yang PAS menangi, tidakkah pada masa itu akan berlaku kekecohan yang sangat besar? Tidakkah kita nampak perangai PAS sekarangpun sangat rumit apatah lagi andai sama sama menang nanti?

Jadi, cuba bagi alasan, ketika cita cita memerintah malaysia ini, yang PAS memang menolak untuk bersama, maka dimana perlunya penyertaan PAS? Andai ditakdirkan Pakatan Harapan berjaya memenangi pilihanraya, apakah pada masa itu PAS juga termasuk dalam kerajaan baru? Menolak untuk bersama menewaskan musuh tetapi ingin berkongsi bila menang?

 Membujur lalu melintang patah, patah sayap dengan paruh bertongkat jua. Itulah yang perlu dilakukan oleh Pakatan Harapan. Rempuhlah siapa sahaja yang mengganggu. Jika PAS mengganggu rempuhlah PAS, jika PKR mengganggu rempuhlah PKR, jika DAP mengganggu rempuhlah DAP. Menghancurkan BN adalah paling utama.

 PAS bagai isteri yang diceraikan. PAS bagai janda sekarang. Tetapi bercakap seolah olah dia masih punya suami dan ingin bercerita tentang perlunya nafkah seharian. PAS ingin dibelai seolah olah seperti dia masih seorang isteri. Janda yang selalu mengungkit ungkit tentang suami..adalah janda yang gila talak.

Sedarlah suami lama telahpun berkahwin baharu. Mungkin isteri baharu tidak cantik, lemah atau kurang diminati ramai, tetapi dia ada sesuatu yang berharga, iaitu 'setia'. Sedangkan PAS bukan isteri yang setia.

Saban hari PAS asyik bercerita dia masih cantik, menawan, gebu, putih melepak diminati ramai tetapi sayang, dia lupa, dia adalah janda ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...