GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, October 01, 2015

PAS Perlu Keluar Segera Dari Kerajaan Selangor.Tunggu Apa Tungggu ?

By papa diva 
PAS di Selangor kini melihat kemungkinan untuk keluar dari pakatan pembangkang bersama PKR dan DAP selepas kedua-dua parti itu mewujudkan pakatan baru iaitu Pakatan Harapan.

 Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata perbincangan berkenaan perkara itu akan dibawa ke dalam mesyuarat Jawatankuasa Politik PAS tidak lama lagi.

 Menurut beliau, di negeri itu PAS masih lagi berada dalam pakaran berkenaan kerana pakatan itu iaitu Pakatan Rakyat telah dibentuk sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.

 “Pas tidak akan ada perhubungan lagi dengan DAP. Kita akan bawa berbincang mengenai perkara ini dalam Jawatankuasa Politik PAS dalam masa terdekat.

 “Pakatan pembangkang yang baru masih lagi baru dan secara realitinya, PAS masih berada dalam pakatan kerajaan di Selangor sehinggalah pilihan raya umum akan datang,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

 Dr Mahfodz mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menggesa PKR supaya berhenti daripada terus mengharapkan PAS menyertai pakatan pembangkang baru yang turut dianggotai DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

 Mohd Amar berkata pendirian parti Islam itu sangat jelas bahawa mereka sama sekali tidak akan menjalin kerjasama dengan DAP mahupun AMANAH walaupun PKR berusaha menjadi pendamai.

PAS di Selangor kini melihat kemungkinan untuk keluar dari pakatan pembangkang bersama PKR dan DAP selepas kedua-dua parti itu mewujudkan pakatan baru iaitu Pakatan Harapan.

 Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata perbincangan berkenaan perkara itu akan dibawa ke dalam mesyuarat Jawatankuasa Politik PAS tidak lama lagi.

 Menurut beliau, di negeri itu PAS masih lagi berada dalam pakaran berkenaan kerana pakatan itu iaitu Pakatan Rakyat telah dibentuk sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.

 “Pas tidak akan ada perhubungan lagi dengan DAP. Kita akan bawa berbincang mengenai perkara ini dalam Jawatankuasa Politik PAS dalam masa terdekat.

 “Pakatan pembangkang yang baru masih lagi baru dan secara realitinya, PAS masih berada dalam pakatan kerajaan di Selangor sehinggalah pilihan raya umum akan datang,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

 Dr Mahfodz mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menggesa PKR supaya berhenti daripada terus mengharapkan PAS menyertai pakatan pembangkang baru yang turut dianggotai DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

 Mohd Amar berkata pendirian parti Islam itu sangat jelas bahawa mereka sama sekali tidak akan menjalin kerjasama dengan DAP mahupun AMANAH walaupun PKR berusaha menjadi pendamai. ~ pru14.tv
Comments
1 Comments

1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...