Monday, October 19, 2015

Pasma mahu Selangor tubuh pakatan harapan seperti Pulau Pinang

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) meminta kerajaan negeri Selangor membentuk pakatan harapan dengan segera di negeri itu seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang.

 Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata penubuhan pakatan harapan, membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Selangor, merupakan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

 Menurutnya, penubuhan pakatan harapan itu tidak akan menggugat kedudukan kerajaan negeri Selangor untuk terus mentadbir negeri itu kerana majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai PKR dan DAP.

 "Kita perlu wujudkan dengan segera pakatan tersebut sebagai contoh kepada rakyat ketika pilihan raya nanti," kata Phahrolrazi yang juga ahli dewan undangan negeri,Pengkalan Kundor kepada media hari ini. Beliau berkata pakatan harapan perlu mengukuhkan kedudukan dalam arena politik negara walaupun PAS enggan menyertai pakatan itu berikutan kemasukan Amanah.

 Pahrolrazi berkata beliau menyerahkan surat rasmi kepada Speaker DUN Kedah Datuk Md Rozai Safian di Wisma Negeri Kedah hari ini bagi memaklumkan penyertaannya dalam Amanah.

 Beliau yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata ia bagi memudahkan speaker DUN mengatur kedudukan kerusi 7 Adun pakatan pada sidang DUN yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 November ini.

 Ketua pembangkang menurutnya, masih diketuai PAS dengan 8 kerusi DUN berbanding pakatan harapan dengan 7 kerusi DUN iaitu beliau dari Amanah, 2 DAP dan 4 daripada PKR.

 Sementara itu, Phahrolrazi berkata Adun PAS yang berhijrah menyertai Amanah sebelum ini bersepakat agar tidak meletak jawatan sebagai Adun kerana mengambil kira pelbagai aspek.

 "Kalau di tempat PAS bertanding, PKR dan DAP akan sokong calon PAS disebabkan Pakatan Rakyat," katanya.

 Beliau berkata sekiranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat parti baru serpihan PAS itu kecil, beliau tidak perlu melakukan pelbagai serangan teruk terhadap parti itu. – Bernama, 19 Oktober, 2015.~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...