GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, October 08, 2015

Pejabat AG: Pasukan petugas siasat 1MDB tidak dibubar

Benarkah sebagaimana dakwaan Pejabat Peguam Negara bahawa Pasukan Petugas Khas menyiasat firma pelaburan 1MDB tidak pernah dibubarkan?

 Dalam kenyataan hari ini, pejabat itu berkata pihaknya tidak pernah membuat sebarang kenyataan yang bermaksud sedemikian.

 "Hakikatnya, siasatan yang dijalankan oleh agensi yang terlibat tidak pernah pada bila-bila masa dihentikan atau disekat. Baca lagi di sini

Perlu kita mengingati semula bahawa skop siasatan Pasukan Petugas Khas (“Special Task Force”) yang dianggotai oleh SPRM, BNM, PDRM dan Peguam Negara adalah untuk menyiasat secara keseluruhan urusniaga 1MDB untuk memastikan tidak ada pecah amanah atau salah guna kuasa.

 Bukankah Jabatan Peguam Negara telah menubuhkan Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (National Revenue Recovery Enforcement Team) untuk meneruskan siasatan pelbagai kes termasuk berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

 Sinchew Daily melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun tidak menjadi sebahagian daripada pasukan baharu itu. 

 Menurut akhbar itu, pasukan tersebut sebaliknya diketuai Jabatan Peguam Negara dan dianggotai Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 

 Tugas pasukan tersebut ialah memulihkan hasil cukai dan aset negara serta mempunyai skop tugas yang luas termasuk siasatan ke atas 1MDB. 

 Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdul dalam temuramah melalui telefon dengan Sinchew Daily melahirkan rasa terkejut dengan penyingkiran SPRM daripada pasukan siasatan tetapi pada masa yang sama menyatakan beliau tidak kecewa. Baca di sini 

Siapa kata  siasatan yang dijalankan oleh agensi yang terlibat tidak pernah pada bila-bila masa dihentikan atau disekat? 

 1) Gani Patail, Peguam Negara disingkirkan dengan tiba-tiaba. 

 2) Tan Sri Rashpal Singh, bekas penasihat SPRM ditahan untuk soal siasat. 

3) Jessica Gurmit Kaur, seorang pegawai Jabatan Peguam Negara ditahan untuk soal siasat. 

 4) Pasukan Petugas Khas peringkat tinggi kerajaan yang menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang melibatkan SPRM, Polis, Bnak Negara dan Peguam Negara dibubarkan. 

5) Seramai 9 Pegawai SPRM telah disoalsiasat oleh polis. Antaranya ialah: 

i) Ahmad Sazilee Abdul Khairy, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pejabat dan rumahnya digeledah dan beliau ditahan polis pada 1.00 pagi untuk soal siasat. 

ii) Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin 

iii) Timbalan Pengarah operasi khas SPRM Datuk Tan Kang Sai 

iv) Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob Pegawai penyiasat SPRM itu disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, yang melibatkan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. 

6) Datuk Bahri Mohamad Zin dan Datuk Rohaizad Yaakob telah ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri 

Apakah namanya bila tindakan diatas dilakukan?
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...