GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, October 24, 2015

Perdana Menteri Najib Razak semakin ditolak oleh Umno

Tiga belas cawangan Umno dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan hari ini menggesa supaya presidennya mereka Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

 Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengetuai kumpulan itu berkata, pengunduran Najib perlu dilakukan bagi memastikan Umno tidak menjadi mangsa keadaan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

 "Kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk presiden parti tetapi dalam masa yang begitu singkat untuk kita menghadapi pilihan raya yang akan datang, ini bukanlah masa untuk bersifat sentimental.

 "Umno kini dilihat sebagai parti yang tidak berjaya menyelesaikan masalahnya sendiri.

 "Kami bimbang dengan penyingkiran pemimpin tertentu akan menambah masalah sedia ada," katanya dalam sidang media di Teluk Kemang hari ini.

Tiga belas cawangan Umno yang membuat desakan itu ialah Umno cawangan Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Datuk Abdul Samad, Taman Suwa Betung, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pacitan, Bunga Raya dan Taman Politeknik.

Umno di Teluk Kemang mempunyai 54 buah cawangan bernaung di bahagian berkenaan. Baca lagi di sini

 Perdana Menteri Najib Razak semakin ditolak dan tidak dikehendaki lagi memimpin negara ini sudah boleh dilihat di mana-mana :

1) Sewaktu mesyuarat perwakilan UMNO di Langkawi, seorang perwakilan bernama Anina Saaduddin menyifatkan Najib selama ini telah "kencing" tiga juta ahli UMNO serta menyarankan MT UMNO membawanya segera berubat.

2) Di Pasir Gudang, seorang Ketua Wanita UMNO cawangan yang juga AJK Bahagian, Norwati Abdul Manaf telah menyerahkan sendiri memorandum 12 perkara kepada Najib ketika beliau hadir merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Pasir Gudang, Ahad lalu.

 Memorandum yang didakwa mewakili 107 cawangan itu antaranya meminta Najib berehat daripada jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan yang dibuat sebelum ini.

3) Pergerakan Pemuda UMNO Labis juga mahukan Najib berehat buat sementara sehingga siasatan mengenai 1MDB diselesaikan.

4) Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Tampin pada 16 Ogos lalu sebulat suara meluluskan usul meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno. 

Berapa lamakah lagi Najib mampu bertahan?
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Wan Rosli.... mano....senyap tupah je....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...