PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Sunday, October 25, 2015

Siapakah musuh PAS sebenarnya, Umno atau AMANAH?

OLEH RASLAN BAHAROM 
Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengelakkan pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Pengerusi negeri Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

 Bersaing dengan PAS hanya akan memberi manfaat kepada kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN), katanya.

 “Amanah ditubuhkan untuk melawan Umno dan BN, bukan menentang PAS,” katanya pada sesi soal jawab selepas perasmian pejabat Amanah Bukit Gantang merangkap pusat perkhidmatan Amanah Changkat Jering oleh Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub di Simpang, Perak hari ini.  Baca lagi di sini

Komen al-Husseyn:

  Benarkah Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengelakkan pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya umum akan datang? 

  Mampukah AMANAH untuk mengelakan perkara tersebut dari berlaku waima PAS begitu ghairah untuk melakukan yang sebaliknya.

  Menurut  PJ Perak, Hj Razman Zakaria tidak lama dulu, PAS akan bertanding di 52 kerusi termasuk kerusi yang dimenangi DAP dan PKR!

   “Amanah ditubuhkan untuk melawan Umno dan BN, bukan menentang PAS,” Tapi di kawasan Umno bertanding, di situlah PAS akan bertanding...mana ada kawasan untuk AMANAH bertanding menentang Umno tanpa adanya PAS di situ? Persaingan antara PAS dan AMANAH pasti akan menguntungkan Umno/BN.

   Apakah PAS mahu supaya AMANAH tidak bertanding dimana-mana kawasan pun waima PAS begitu ghairah untuk meletakan calonnya di setiap kawasan di Perak ini? PAS jangan terlalu tamak mahu bertanding di setiap kawasan tanpa mengambil kira data dan angka pengundi PRU 13.

  PAS bertanding di 21 kawasan dan menang 5 kerusi di Perak pada PRU 13 dulu. Tentulah satu perkara yang tisdak masuk akal jika PAS akan menambah 31 kerusi lagi untuk menggenapkan angka 52 idamannya itu.

 PAS perlu mengukur baju di badannya sendiri.Panjangkan dahulu kailnya yang hanya sejengkal itu sebelum mahu menduga lautan dalam. Jumlah kerusi Dun Perak yang dimenangi PR pada PRU 13 ialah 28 daripada 59 kerusi yg ditandingi.

 Bukankah itu bermakna, PAS akan bertanding di kawasan-kawasan PKR dan DAP?

Begitu ghairah sekali PAS mahu mewujudkan pertandingan 3 penjuru pada PRU 14 nanti! 

  Walaupun AMANAH mahu cuba mengelakan dari pertembungan 3 penjuru, namun oleh kerana tindakan PAS sendiri yang tidak mahu bertolak ansur dan mahu bertanding di setiap kawasan, pastinya AMANAH terpaksa bertembung dengan PAS!

Apa yang pasti, AMANAH akan bertanding di tempat-tempat yang diyakini akan mendapat sokongan berbilang kaum.Corak pengundian kaum Cina mencerminkan yang mereka akan memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan.

 Dalam keadaan tercungap-cungap begitu pun, PAS masih ada hati mahu meletakan calonnya dari DHPP untuk menentang DAP? DAP memenangi di 18 kawasan dan kita mempersilakan PAS supaya meletakan DHPP di 18 kawasan tersebut! 

 Selain kemusykilan samada PAS mempunyai cukup wang untuk menaja DHPP sebagai calon, apakah DHPP mampu menyediakan orangnya untuk dijadikan calon?? Kita akan saksikan samada PAS benar-benar mampu melakukannya atau sekadar umpama seekor katak yang hanya mengembongkan dirinya supaya kelihatan besar dan kuat.

  Seperti apa yang dilaporkan, "Bersaing dengan PAS hanya akan memberi manfaat kepada kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN)," maka eloklah PAS memikirkan semula siapakah musuh PAS sebenarnya, Umno atau AMANAH?
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Kumpulan tak beristqamah tak paer tipu rakyat. Pas takut . dah keluar aku punya pasal nak hentam pas. Jangan lupa kita bersama pas dulu !!!!!!!.

Hidup Najib! said...

Macam dah dirasuk setan pas ni

Anonymous said...

DSNizar cakap berlapik tuu. Kalau dah PAS dok buat gila nak bertanding kerusi yg DAP & PKR menang, tunggu kepala bapak lagi? 3 penjuru pun gasak laa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...