GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, October 15, 2015

SPRM tidak pernah kata 1MDB tidak disiasat

Selang beberapa jam selepas 1MDB mendakwa ia tidak berada di bawah siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan media memaklumkan bahawa ia tidak pernah mengatakan bahawa syarikat pelaburan negara yang kini sarat hutang itu tidak disiasat.

 “Sebaliknya dalam kenyataan media bertarikh 22 September, SPRM hanya menyebut bahawa SPRM tidak menjalankan siasatan ke atas 1MDB.

 “Malah dalam kenyataan itu, SPRM menyebut bahawa isu 1MDB disiasat sepenuhnya oleh pihak polis dan oleh yang demikian, sebarang pertanyaan berkenaan isu ini mestilah dirujuk kepada polis,” kata Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob (gambar).

 Beliau berkata perkara itu juga jelas susulan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar, semalam bahawa polis sedang menunggu laporan akhir Ketua Auditor Negara sebelum memuktamadkan siasatan.

 “Oleh itu, SPRM berharap mana-mana pihak tidak membuat kenyataan kononnya SPRM telah membersihkan pihak terbabit dalam isu 1MDB,” kata Rohaizad lagi.

 1MDB hari ini berkata keputusan Peguam Negara yang memilih untuk tidak mendakwa syarikat itu bermakna mereka tidak lagi di bawah siasatan.

 "Pengesahan oleh Pejabat Peguam Negara memperkuatkan lagi kenyataan SPRM pada 22 September bahawa 1MDB tidak berada di bawah siasatan," kata syarikat itu.~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...