Monday, October 19, 2015

Tidak benar dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa AMANAH adakah haram

Presiden PAS Hj Hadi ketika merasmikan Wisma I'badurr Rahman di kampung Morak, Tumpat Kelantan malam kelmarin telah mendakwa kononnya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan kepadanya bahawa kewujudan parti AMANAH di Malaysia adalah tidak perlu.

Menurut Hj Hadi, al-Qaradhawi memfatwakan :

  Tidak wajar tubuh parti baru yang berpaksikan Islam kerana sudah ada PAS

 Berikutan kenyataan Hj Hadi tersebut, parti AMANAH negara (PAN) melalui Timbalan Presidennya, Salahuddin Hj Ayub telah mengeluarkan 'Draf Kenyataan' sebagai menjelaskan isu tersebut.

Siapa yang bercakap benar? Siapa yang berbohong? Mana mungkin seorang ulama besar , pemimpin parti Islam akan berbohong....Korang fikirlah sendiri. Apa yang dinyatakan berikut jelas membuktikan ada yang membohong .....

Pertemuan dengan tojoh-tokoh gerakan Islam dunia termasuk Setiausaha Agung
Kesatuan Ulamak Se-Dunia Prof Ali Alqaradaghi, di Doha, Qatar 13 Oktober 2015
1. Saya telah mengetuai misi  Antarabangsa Amanah ke Doha, Qatar Dan Istanbul, Turki dari 13hb Oktober hingga 18 Oktober, 2015. Misi ini bertujuan untuk memposisi dan memperkenalkan Amanah dikalangan gerakan Islam Antarabangsa .

2. Bersama saya ialah Ust Abd Ghani Shamsuddin, Timbalan Penasihat Umum Amanah dan Hj Asmuni Awi, Bendahari Amanah.

3. Semasa di Doha, Qatar 13hb Oktober, 2015, kami telah mengadakan pertemuan dengan Prof Ali Alqaradaghi , Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Islam SeDunia. Pertemuan hampir 2 jam itu antaranya adalah memperkenalkan kewujudan Amanah. Perbincangan kami amat mesra dan saling bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan mengenai Amanah.

4. Kami juga telah bertemu dengan Sheikh Ibrahim Munir , Setiausaha Agong Ikhwanul Muslimin semasa di Istanbul, Turki. Diakhir pertemuan beliau telah mencadangkan agar satu pertemuan diadakan diantara Amanah dan Pas dan mengesyorkan Prof Yusuf Qardawi menjadi pihak ketiga. Pertemuan ini diadakan pada 16hb Oktober, 2015.  

5. YB Dato' Mujahid Yusuf Rawa pula telah bertemu sendiri dengan Prof Yusuf Qardawi di Doha, Qatar pada 18hb Oktober yang membawa mesej yang sama. Sekali lagi dimaklumkan bahawa usaha untuk mempertemukan Amanah dan Pas adalah dipersetujui dan dialu-alukan oleh Prof Yusuf Al Qardawi. 

6. Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa kewujudan Amanah adakah haram di Malaysia.

7. Saya sebagai mewakili Amanah mempertegaskan bahawa Amanah bersedia dan sentiasa terbuka untuk bertemu , berbincang dan komited untuk menyertai apa-apa perbincangan dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan ummah seluruhnya.

8. Amanah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulamak dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukan sikap terpuji serta mengambil pendekatan terbuka dan memberi peluang untuk berbincang dengan Amanah dan bukanya mengambil pendekatan mencerca dan menghukum sewenang-wenangnya. 

Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden Amanah
Kuala Lumpur 19hb Oktober , 2015
Comments
5 Comments

5 comments :

Ramboo III said...

Tolak hudud(hukum allah) dan sokong taghut(dap) masih lg dianggap betul ka?mabuk todi ka? Ikutla ulamak memipin kita ke syurga bkn ikut dap dan sang fasiq yg bw anda terjun gaung neraka.

Anonymous said...

Tak logik Dr Yusuf Qaradawi kata csm tu. Kalu csm tu beliau menyanggahi tulisan beliau dalam kitab negara Islamnya.

Anonymous said...

Biasalah Tok Guru Hj Hadi Awang al Kentumi dan al Fhil Koda.... cakap lidanh berbelit utk kepentingan diri sendiri. ...
Rakyat terbanyak mampu menilainya hasil ketelusan maklumat dunia tanpa sempadan. ...

Anonymous said...

Aji Adi ada track record sebagai pemfitnah... so bohong tu biasalah.

suhaida abdul halim said...

Amanah tolak hudud ke...? Pelik.. Hbs tu yg Hj Hadi berbaik dgn umno, umno terima hudud ke...? Berbaik dgn dap x bermaksud tolak hudud. Malah jd ahli umno pn x bermaksud tolak hudud.. Tlg berfikiran terbuka sikit. Hny apabila seseorg terang2an mengatakn dia menolak hudud, hudyd ketinggalan zmn, hudud x sesuai, bru kita blh kata dia tolak hudud.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...