GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, October 26, 2015

Undi tidak percaya terhadap Azmin November ini?

  PETALING JAYA: Serangan terhadap Mohamed Azmin Ali berterusan apabila timbul desas-desus terbaharu yang mendakwa wujud gerakan untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Selangor itu.

 Ia dikatakan bakal diadakan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada November ini. Gerakan menjatuhkan Azmin itu didakwa dirancang oleh beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang tidak puas hati kerana Azmin tidak memecat Exco dari Pas.

 Beberapa ahli akar umbi PKR mengesahkan ada mendengar desas-desus itu tetapi tidak diketahui akan kebenarannya.

 Dakwaan itu mula tersebar di media sosial dan hangat diperkatakan ketika ini. 

Azmin yang baharu setahun menjadi Menteri Besar baru-baru ini mengumumkan bahawa Selangor tidak ada kaitan dengan Pakatan Harapan.

Perhimpunan Tarbawi PAS Selangor
diadakan di Kediaman Rasmi
 MB Selangor.
Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu diketahui umum mempunyai hubungan lebih rapat dengan kepimpinan Pas.

 Beliau bertegas mahukan Pas kekal dalam pentadbiran negeri walaupun didesak oleh pemimpin PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya menyingkirkan Pas selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.

 Baru-baru ini, tersebar gerakan dikenali Langkah Rawang untuk menyingkirkan Azmin dan digantikan dengan Datuk Saifuddin Abdullah.

 Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Azmin dan pemimpin PKR manakala Pas pula menganggap ia untuk menghancurkan hubungan Pas-PKR.

 PKR diketahui berpecah kepada dua kumpulan iaitu yang mahu Pakatan Rakyat terus kekal dan kumpulan menyokong Pakatan Harapan. ~ FMT
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Kpd PKR dan DAP....cukup cukup lah dengan mainan politik ini...tumpukan kepada janji kepada rakyat...jangan nanti sampai saya benci kepada semua nya...

Shaqbal said...

Saya mengharapkan supaya undi tak percaya ni menjadi kenyataan.. Azmin perlu disedarkan.. Saya sokong undi tak percaya ini walaupun saya masih ahli keAdilan cabang Gombak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...