GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, October 21, 2015

Zahid Hamidi buat komidi lagi

Zahid Komidi buat lawak terbaru bila dia memberi alasan mengarut seolah-olah beliau mahukan Datuk Hamid Bador buat laporan polis mengenai terdapat pihak tertentu menyembunyikan tiga saksi utama dalam siasatan kes 1MDB serta Cawangan Khas mencampuri dan diperalat untuk kepentingan politik.

 Tidak mungkin sebagai bekas timbalan pengarah Cawangan Khas, perkara yang dibangkitkan olehnya itu dianggap macam sampah di tepi longkang sahaja.

  Polis sepatutnya menjalankan siasatan berhubung dakwaan tiga saksi utama dalam kes 1MBD disembunyikan.

Kalau dakwaan Datuk Hamid Bador itu tidak benar atau tidak berasas, kenapa polis tidak mengambil tindakan keatasnya kerana perkara tersebut telah tersiar luas dalam laman media sosial. 

Adalah perkara yang tidak masuk akal kerana polis hanya mengeluarkan surat tunjuk sebab untuk mendapatkan penjelasan oleh Abdul Hamid, namun tidak ada apa-apa tidakan susulan.
  
 Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata pihak polis tidak akan menjalankan sebarang siasatan berhubung dakwaan tiga saksi utama dalam kes 1MDB disembunyikan.

 Ini kerana menurut Zahid (BN-Bagan Datoh) dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, tiada laporan polis yang dibuat oleh bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador atau mana-mana pihak berhubung dakwaan itu.

 "Dakwaan oleh bekas timbalan pengarah 1 Cawangan Khas hanya merupakan andaian beliau sendiri yang disiarkan dalam laman media sosial sahaja," katanya.

 Zahid menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang memohon supaya beliau menjelaskan mengenai perkembangan terkini siasatan berhubung yang dibangkitkan oleh Abdul Hamid. Baca seterusnya  di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...