GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, November 03, 2015

10 soalan ‘bocor’ untuk Presiden 1MDB jawab

KUALA LUMPUR 3 NOV: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini mendedahkan sepuluh soalan bocor untuk dijawab Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy pada rancangan temu bual kelak.

 Beliau tidak membawa sebarang soalan berunsur politik sebaliknya semua berkaitan aliran kewangan, malah tiada maklumat kerahsiaan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) didedah kerana ia diperoleh dalam sumber umum.

 “Ini bukan untuk memperoleh keuntungan politik tetapi bertujuan mencari kebenaran sejak Arul secara konsisten menegaskan 1MDB tidak ada apa-apa untuk diselindungkan,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

 Sepuluh soalan itu ialah:-

 1. Mengapakah Bank Negara Malaysia menarik balik kelulusan untuk 1MDB memindah lebih US$1.8 bilion ke luar negara? Adakah kerana dana itu dipindah ke akaun yang tiada kaitan dengan projek usahasama 1MDB dan Petrosaudi International Limited (Petrosaudi) seperti yang didedah dalam minit mesyuarat lembaga pengarah? Adakah akaun itu dimiliki Good Star Limited dan siapa sebenarnya menguasai syarikat itu? 

 2. Benarkah 1MDB melabur US$1 bilion untuk memperoleh 40 peratus daripada 1MDB-Petrosaudi sedangkan Petrosaudi hanya perlu melabur haknya untuk rizab minyak di Laut Caspian di Argentina? Benarkah hak untuk rizab minyak itu dibatal Petrosaudi sekitar dua bulan selepas menandatangani perjanjian usahasama, sekaligus Petrosaudi memastikan kepentingan 60 peratus tanpa melabur apa-apa? 

 3. Benarkah 1MDB tergesa-gesa menandatangani perjanjian usahasama dengan Petrosaudi tanpa mendapat kelulusan lembaga pengarah seperti yang dinyatakan dalam minit mesyuarat lembaga berkenaan? 

 4. Kenyataan 1MDB bertarikh 31 Mac 2013 dan 2014 menyatakan US$1.4 bilion dijadikan deposit kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) sebagai syarat IPIC untuk jaminan dalam isu bon 1MDB bernilai US$3.5 bilion. Bagaimanapun, penyata kewangan IPIC pada Disember 2013 dan 2014 yang diaudit Ernst & Young tidak menyatakan syarat untuk jaminan berkenaan. Laporan imbangan IPIC juga tidak menyebut deposit itu diterima atau sebaliknya. Mengapa 1MDB tidak mempersoal IPIC berkaitan deposit itu? 

 5. Adakah 1MDB membayar US$993 juta daripada US$1.22 bilion sebagai penebusan daripada dana pelaburan Cayman Islands dan US$975 dipinjam daripada Deutsche Bank yang menyebabkan penamatan pilihan 1MDB kepada Aabar Investments (Aabar) sebagai sebahagian syarat tambahan untuk IPIC menjamin bon 1MDB bernilai US$3.5 billion? Apakah jumlah sebenar yang dibayar kepada Aabar atau IPIC? Mengapa penyata kewangan IPIC pada Disember 2014 menunjukkan 1MDB berhutang US$481 juta untuk penamatan itu? Sebagai tambahan, jika US$993 juta itu ditebus daripada Cayman Islands tidak dibayar kepada Aabar atau IPIC, ke manakah perginya wang itu? 

 6. Penyata kewangan 1MDB, jawapan parlimen dan kenyataan media menyebut 1MDB Global Investment Limited meminjam US$3 bilion pada Mac 2013 untuk melabur secara 50:50 dengan Aabar. Persoalannya, bagaimana US$1.5 bilion dari pinjaman itu digunakan untuk hal lain seperti yang ditunjukkan Audit pada Mac 2014, apatah lagi usahasama itu belum dimulakan? 

 7. Arul ada menyatakan, berpandu kepada minit mesyuarat yang dibocor, baki pelaburan Cayman Islands yang berjumlah US$1.108 bilion sudah ditebus sepenuhnya dan disimpan di BSI Bank Singapore. Bagaimanapun, Arul menyatakan ia bukan dalam bentuk tunai sebaliknya unit dana (fund units) bernilai US$940 juta. Mengapa ia masih dalam bentuk sama, bukan tunai atau aset seperti harta dan saham? Jika ia masih bentuk sama, adakah ia bermakna dana itu tidak pernah ditebus? 

 8. Arul ada membuat pengumuman mengenai ‘pertukaran hutang untuk aset’ (debt for asset-swap) dengan IPIC yang dianggar bernilai RM16 bilion daripada hutang 1MDB sebagai tukaran kepada aset 1MDB. IPIC sudah mendahulukan US$1 bilion dalam persetujuan itu. Bagaimanakah 1MDB dapat menunjukkan aset yang dipindah ke IPIC pada 30 Jun 2016? Kementerian Kewangan pula menyifatkan pertukaran itu merugikan. Adakah ia kerana 1MDB gagal menunjukkan aset itu hingga mendorong kementerian membayar pampasan kepada IPIC? 

 9. Arul juga mengisytihar pelupusan anak syarikat, Edra Energy yang membolehkan hutang RM16 hingga RM18 juta dihapus. Bagaimanapun, jumlah hutang keseluruhan 1MDB dianggar RM36 bilion, berbanding bon US$3.5 bilion, pinjaman RM5.7 bilion dan lebih RM8 bilion pinjaman sedia ada. Jadi, pengurangan hutang kepada RM18 bilion melalui pelupusan itu masih menjadikan 1MDB memiliki hutang tertunggak. Bagaimana penjualan anak syarikat itu menyelesaikan masalah aliran tunai 1MDB sedangkan tiada aset dimiliki untuk membayar baki hutang RM18 bilion? 

 10. Adakah tindakan Kerajaan Persekutuan surat sokongan pada Mei 2015 kepada Bank EXIM untuk membuat pinjaman US$150 juta untuk 1MDB membayar pengambilan tanah daripada Tadmax Resources Bhd yang dianggar bernilai RM300 juta. Jika benar, berapakah baki pinjaman yang tinggal?

 Selain soalan itu, Pua berkata, Ahli Parlimen Kulai dan Serdang, Teo Nie Ching dan Dr Ong Kian Ming mewakili beliau dalam menentukan semua urusan termasuk format dan perincian lain bagi rancangan temu bual berkenaan.~ sumber

 Komen al-Husseyn :

Apakah kita akan mendapat jawapan kepada semua persoalan tersebut? Sementelahan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak  berkata rancangan bual bicara yang dijadualkan antara Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  Arul Kanda Kandasamy dan Tony Pua itu perlu menjadi perdebatan, dan bukan sesi soal jawab. 

Apakah kita hanya disuruh telan bulat-bulat segala apa dakwaan Arul Kanda tanpa musykil? Arul mesti kena beri penjelasan lanjut tentang segala dakwaannya sebelum ini dengan bukti yang jelas dan telus.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...