PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, November 19, 2015

1MDB dan RM2.6 bilion Najib isu berbeza, kata PAC

Laporan interim audit negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyatakan syarikat pelaburan itu dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah 2 "subjek berbeza", kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin hari ini.

 "Saya mesti nyatakan di sini, 1MDB dan RM2.6 bilion adalah 2 subjek yang sama sekali berbeza. Mereka tidak sama," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

 Ditanya bagaimana PAC membuat kesimpulan itu, Hasan berkata, kenyataan beliau dibuat berdasarkan laporan interim yang dikeluarkan pada pertengahan tahun ini dan tidak pernah diumumkan kepada orang ramai setakat ini.

 "Ini berdasarkan kepada laporan interim itu," katanya.

 Sebelum ini, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata, Jabatan Audit tidak melihat kepada isu transaksi wang RM2.6 bilion itu kerana Bank Negara "better equipped" (lebih mempunyai kelengkapan mencukupi) mengendalikan perkara itu.

 The Wall Street Journal mendakwa RM2.6 bilion itu datang daripada beberapa entiti berkaitan 1MDB.

 Dakwaan itu dinafikan Putrajaya, yang sebaliknya berkata wang itu datang daripada dermawan di Timur Tengah.

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini turut mengesahkan, wang itu bukan berpunca daripada 1MDB. – 18 November, 2015. ~ themalaysianinsider

Komen al-Husseyn :

Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin hari ini hanya seperti tukang angguk kepada dakwaan  SPRM atau Putrajaya bahawa RM2.6 bilion itu datang daripada dermawan di Timur Tengah tidak pernah dibuktikan sama ada melalui dokumen atau mendedahkan identiti penderma tersebut.

Beliau sekadar hanya memperakukan dakwaan tersebut tanpa nilai tambahan apa-apa bukti. Apa jenis siasatan yang PAC lakukan ini?

Menurut PM Najib wang sebanyak itu bertujuan untuk dibelanjakan untuk parti dan kempen pilihan raya - bahawa ia adalah "bukan untuk kegunaan peribadi".

Soalnya, kenapa masuk kedalam akaun peribadi Najib dan tidak akaun Umno? Bila pula Najib jadi Bendahari Umno?

 Jika organisasi UMNO dikendalikan dengan betul, setiap derma yang diterimanya tentu telah direkodkan dan perbelanjaan diperincikan. Terdapat juga undang-undang pilihan raya, mengenai had ke atas perbelanjaan yang telah melebihi berkali-kali dilakukan oleh Najib secara rahsia.

Sebaliknya The Wall Street Journal telah membuktikan bahawa dana tersebut datang daripada beberapa entiti berkaitan 1MDB. 

 Persoalan mengapa maklumat penting mengenai identiti penderma dan penerima telah tiada dalam dokumen pemindahan, yang sebenarnya dan kenapa pemindahan itu sebagai dicatat sebagai "bayaran".  Baca di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...