Wednesday, November 11, 2015

4 pegawai kanan yayasan Islam peroleh RM2j setahun

NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan  (NOW)  hari ini mendakwa empat individu dalam di sebuah yayasan naungan kerajaan memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun.

 Pengarahnya, Akmal Nasir berkata secara purata mereka didakwa memperolehi pendapatan bulanan sekitar RM81,700 sebulan.

 Akmal mendakwa berkata dua daripada mereka adalah pengerusi dan timbalannya, manakala dua lagi adalah suami dan anak kepada orang besar di yayasan berkenaan.

 "Pendapatan bulanan yang diperolehi oleh pengerusi adalah RM73,000 sebulan.

 "Pendapatan bulanan yang diperolehi oleh timbalan pengerusi dan keluarganya yang telah dikenal pasti pula adalah sebanyak RM81,700.00 sebulan,” ujarnya dalam sidang media di NOW Center di Kuala Lumpur hari ini.

 Jelas Akmal lagi, pihaknya hairan bagaimana anggota tertinggi yayasan berkenaan yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan derma, pinjaman serta menjana pendapatan melalui perniagaan berteraskan Islam memperoleh pendapatan begitu tinggi.

 Selain, yayasan itu juga dipantau oleh perdana menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

 “Mampukah perdana menteri dan menteri tersebut bayangkan perasaan 588,930 orang penyumbang derma secara bulanan kepada yayasan itu apabila mengetahui mereka yang diamanahkan untuk memantau sumbangan, gagal menjalankan tanggungjawab mereka,” ujarnya lagi. ~ sumber
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

byk kali jg yapeim ni contact aku minta derma. nasib baik aku was2 dgn sbrg kutipan derma yg ditadbir oleh umno, jd aku tak layan. hati2 dgn duit, serban 5 kg pun tergoncang!

Hidup Najib! said...

Ini lah padahnya apabila hati dah dikuasai syaitan...tak guna pergi haji tiap2 tahun..

Anonymous said...

Jika dakwaan ini betul anda terimalah balasannya

Anonymous said...

Tudiaaaaa aih!? Sakan depa sesah duit! Sebulan gaji dah boleh buat rumah sementara utk mangsa banjir :(

mat roger said...

INI LAH AMALAN YANG TELAH SEBATI DGN PEMIMPIN MELAYU YANG MENGAKU ISLAM DI NEGARA KITA... YAPIEM UTK BANTU ORANG ISLAM YANG SUSAH ATAU UNTUK MPEMBANGUNAN UMMAT ISLAM D MALAYSIA, TETAPI APA YANG BERLAKU PEMIMPIN YANG DILANTIK UNTUK MENGURUSKAN YAPIEM TIDAK SELARI DENGAN OBJEKTIF YAPIEM. YAPIEM BUKANNYA BADAN YANG MENJANA UNTUNG TETAPI DANA YANG DIPEROLEHI ADALAH DARI SUMBANGAN ORANG RAMAI MELALUI BERBAGAI CARA TERMASUK POTONGAN GAJI. APAKAH ADIL JIKA PENYUMBANG YANG RATA2 BERPENDAPATAN SEDERHANA BERKORBAN UNTUK MEMOTONG GAJI MEREKA SEDANGKAN MEREKA YANG MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB UTK MENGURUS MEMPEROLEHI GAJI YG AMAT LUMAYAN. INILAH JENIS PEMIMPIN MELAYU YANG KITA ADA...RAMAI YG BERPERANGAI BEGINI... DAN HASILNYA DARI SKOP YG LEBIH LUAS, NEGARA KITA SEDANG MENGALAMI KRISIS KEPIMPINAN DAN KRISIS PENTADBIRAN YG TELAH MEROSAKKAN EKONOMI NEGARA SEDANGKAN NEGARA INI KAYA DGN HASIL MAHSUL.... APABILA KITA MEMBERI AMANAH KPD YANG BUKAN AHLI, MAKA TUNGGULAH KEHANCURANNYA... SIFAT AMANAH ADALAH AMAT PENTING SEBAGAI SALAH SATU KRITERIA UNTUK MENENTUKAN SESEORANG ITU AHLI ATAU TIDAK... MAKA APAKAH JAWAPAN KITA DIHADAPAN ALLAH KELAK KERANA MELANTIK ORANG2 YANG TIDAK AHLI INI UNTUK MEMIMPIN SESUATU ORGANISASI TERMASUK MELANTIK PEMIMPIN UTUK MENTADBIR NEGARA....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...