GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, November 14, 2015

AMANAH hanya melukut di tepi gantang sahaja. Balaslah jasa Hasnul dan Saari yang telah menyelamatkan kerajaan PR Selangor

Amboi bijak sangatlah Timbalan Ketua Pemuda AMK tuduh Pemuda AMANAH 'Kurang Bijak'

Dia hanya nampak Azmin sorang sahaja yang bijak??

Dia patut menyedari betapa Khalid Ibrahim lebih bijak dan berani daripada Azmin tau! 

Khalid senang-senang sahaja memecat lima ADUN PKR dan DAP sewaktu krisis MB Selangor dahulu.

  Dan lupakah Azmin bagaimana Hj Hadi menghina WAWI? 

Apakah Azmin lupa segala tindakan PAS yang berulang kali telah menikam belakang Pakatan Rakyat (PR) hingga akhirnya membawa maut kepada PR.

  Pakatan Harapan (PH) yang terdiri dari DAP, PKR dan AMANAH adalah sebagai pengganti PR.Tetapi kenapa AMANAH, satu daripada komponen PH hanya melukut di tepi gantang sahaja?

   Apakah tidak cukup untuk mengenang dan membalas jasa mereka yang telah menggagalkan rancangan menubuhkan Kerajaan UG di Selangor? 

Adun Morib, Hasnul Kamarudin (kiri) dan Adun Klang, Saari Sungip (kanan) , dua orang ahli PAS yang kini telah bersama AMANAH melakukan harakiri dengan menandatangani surat akujanji (SD) menyokong perlantikan WAWI sebagai MB Selangor yang sekali gus telah menggagalkan konspirasi PAS dan Umno berUG di Selangor.

 Apakah tidak cukup besar pengorbanan dua manusia ini yang terpaksa melalui penghinaan yang getir apabila Hj Hadi telah melemparkan gelaran dan tuduhan keji 'Broker' dan 'Barua' kepada mereka?

 Mereka terbuang kerana digantung selama setahun dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti Islam itu semata-mata dianggap sebagai pengkhianat kepada PAS, waima mereka berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

  Sewaktu Muktamar PAS ke-54 di Ipoh pada 2008 lalu telah mengambil keputusan  memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Maka langkah itulah yang mendorong Hasnul dan Saari menyatakan sokongan kepada WAWI.

Namun sebaliknya, Empat orang exco PAS yang terus menyokong Khalid Ibrahim yang tidak berparti itu telah dianggap sebagai penyelamat kerajaan PR Selangor...ada akai ker?

   Hasnul dan Saari sepatutnya dilantik sebagai exco Selangor kerana mereka berdua inilah penyelamat sebenar kerajaan PR Selangor. 
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Azmin ni sepenggal ni ja

Anonymous said...

Azmin nak selamat dari dicemuh oleh PAS dia ingat jawatan MB yang dia sandang sekarang nie PAS yang sokong dia tak tau haji hadi dok pertahan dia kerana pulus anak menantu hj hadi dok di GLC negeri selangor,azmin lupa yang satu ketika dulu hj.hadi telah menghina presiden PKR persiden azmin sendiri itulah perangai dan akhlak orang poloitik parti PKR yang tidak peka dengan ahli bawahan yang sentiasa peka dengan keadaan yang terjadi sekarang ini,PKR tiadak ada t***r bagi lelalki dan tidak maruah bagi w****a

Anonymous said...

Pandangan orang dalam dengan pandangan orang luar dari kerajaan negeri banyak perbezaannya. Masing-masing ada hujah yang memungkinkan mereka berada dipihak yang benar.

Bagi pihak parti Amanah, mereka memikirkan kedudukannya sudah begitu gagah dalam negeri Selangor yang hanya memiliki beberapa kerusi DUN sehingga memandang rendah pada keupayaan PAS yang masih mempunyai 13 kerusi DUN.

Mungkin bergabong dengan PKR, DAP, dan Amanah kemudian diiktiraf pula Pakatan Harapan dalam Selangor maka sesetengah penyokong menyangka kedudukan kerajaan negeri tetap seperti biasa tanpa PAS. Dan apabila PAS tersingkir dari pentadbiran kerajaan negeri maka mereka akan berdiam diri ?

Khalid Samad pernah mengatakan bahawa PAS telah mencipta sejarah membina kerajaan perpaduan selama dua minggu bersama dengan UMNO Baru yang diterajui Khalid Ibrahim. Apakah pekara seumpama itu tidak akan berlaku lagi sekiranya Azmin mengikut segala kehendak pemimpin Amanah atau DAP memimggirkan PAS ?

Kita tidak boleh memandang remeh kewibawaan PAS jika mereka bergabong UMNO Baru. Semua orang tahu bahawa kekuatan UMNO Baru terletak pada rasuahnya. Dan sejarah telah membuktikan dengan kuasa rasuah kerajaan negeri Perak yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat dengan mudah bertukar tangan kepada Barisan Nasional. Apakah kita terlupa tentang Najib telah memasukkan duit sebanyak RM2,600 juta kedalam akaunnya yang bertujuan merasuah pengundi, penjawat awam, wakil rakyat agar UMNO Baru kekal berkuasa ? Ini memberi maksud pemimpin UMNO Baru ada sumber untuk melakukan amalan rasuah.

Pemimpin Amanah sepatutnya lebih memahami kedudukan Azmin ketika ini kerana risiko yang bakal ditanggong amat besar jika beliau menukar rentak dari Pakatan Rakyat kepada Pakatan Harapan. Ada kemungkinan pilihanraya negeri bakal terjadi jika agen dapat membeli beberapa orang wakil rakyat dari PKR atau DAP agar keluar parti.

Apakah pemimpin Amanah begitu yakin boleh menang besar dalam pilihanraya negeri itu nanti kerana teruja dengan sokongan padu ketika ini sedangkan SPR, Polis, Penjawat Awam, Peguam Negara, Hakim, semuanya berada dalam genggaman pemimpin UMNO Baru,

Perlu diingatkan bahawa parti Amanah masih belum teruji dalam pilihanraya walaupun Mat Sabu adalah orang yang ternama dan dikenali tapi pengundi masih belum mengenali Amanah.

Kita berharap pemimpin Amanah tidak terlalu gopoh mengejar kebendaan sehingga yang dikejar tak dapat, yang dipikul pula keciciran..... Azmin terpaksa mempertahankan kerajaan negeri yang dipimpinnya tanpa sebarang konflik...bersabarlah sehingga tamat kontrak Pakatan Rakyat dalam negeri Selangor.

Tak kan lari....gunung dikejar......tiba masanya akan didaki jua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...