Sunday, November 08, 2015

ANDAI SAYA JADI PEGAWAI AKHBAR MB

Kerajaan Kelantan yakin akan dapat menyelesaikan semua tunggakan dan isu-isu seperti berikut sebelum akhir tahun ini:

1. RM 14.6 juta tunggakan caruman guru YIK 

2. RM 6.3 juta tunggakan bayaran kematian peserta skim Kifalah 

3. Bayaran dividen peserta Ladang Rakyat bagi tahun 2015.

 Kerajaan juga sedang merangka pelan dan menyediakan dana yang mencukupi bagi menyiapkan semua baki rumah yang dihanyutkan oleh banjir pada akhir tahun lalu yang masih belum siap.

 Menjelang bayaran pertama kenaikan elaun Adun pada Januari 2016, InsyaAllah semua isu-isu lebih mendesak yang disenaraikan di atas telah dapat diselesaikan, kecuali pembinaan semula rumah untuk mangsa banjir memerlukan tempoh lebih lama kerana pembinaan sedikit terhalang semasa musim tengkujuh. Pada masa yang sama, keperluan semasa yang menasabah bagi setiap wakil rakyat juga perlu diambil kira bagi membolehkan mereka dapat berkhidmat dengan jayanya.

 Apa yang dibangkitlan oleh YB Adun Salor sememangnya telah pun dalam pertimbangan Kerajaan. Oleh itu, isu kenaikan elaun Adun yang boleh menjejaskan tanggung jawab kerajaan yang lain yang lebih mendesak tidak berbangkit sama sekali dan tidak perlu diperdebatkan lagi.

 Di Bawah pentadbiran YAB Ustaz Datok Ahmad bin Ya'kub sebagai Menteri Besar, Kerajaan Kelantan tetap sensitif terhadap semua permasalahan rakyat sesuai dengan dasar Membangun Bersama Islam. 

Sekian. Terima kasih.

Pegawai Media 
Menteri Besar Kelantan
4 November 2015

 Di atas adalah contoh kenyataan media yang saya akan tuliskan berkait isu kenaikan elaun Adun Kelantan, jika saya adalah Pegawai Akhbar MB - Husam Musa
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...