Sunday, November 15, 2015

DAP serahkan rakaman video rasis Ali Tinju kepada polis

 Sebelum ini Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata , tuduhan hasutan terhadap Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu Mohd Ali Baharom (Ali Tinju) digugurkan kerana 'tiada bukti mencukupi'  untuk mendakwanya.

"Bukti-buktinya tidak ada. Teks penuh rakaman, rakaman video. Untuk membawa kes ke mahkamah, anda tidak boleh hanya mempunyai 'oh, seseorang merakamkannya'.

 Agak pelik bagaimana pihak Polis gagal untuk mendapatkan rakaman video Ali Tinju yang membuat kata-kata kesat kerana ianya telah tersebar luas di internet.

Chong Zhemin, setiausaha penganjur  Pemuda Sosialis DAP Perak telah menyerahkan CD yang mengandungi rakaman Ali itu kepada pihak polis di ibu pejabat Polis di Ipoh. 

"Dengan bukti ini Ali telah membuat kenyataan rasis dan hasutan, pihak polis tidak perlu mempunyai apa-apa alasan lagi untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Ali Tinju," kata Chong dalam satu kenyataan.

 Ali telah didakwa di bawah Akta Hasutan pada 16 Julai tetapi pihak pendakwaan menggugurkan pertuduhan itu pada bulan September, atas alasan kekurangan bukti.

 Peguam jenayah juga telah mengutuk sebab untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Ali Tinju @ Ali Penari buntut dari tuduhan hasutan dalam mencetuskan kekecohan api perkauman di luar Low Yat Plaza di Kuala Lumpur.

 Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga berkata bahawa ia adalah pengetahuan umum bahawa video Ali tersebar luas, sambil menambah bahawa polis boleh menemuinya. ~ sumber 
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Memalukan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...