Monday, November 09, 2015

Hj Hadi tidak berani sanggah Husam

Kesian dengan Azmin.... Dia terpaksa menafikan cerita Khalid Samad demi untuk menjaga kedudukannya sebagai MB Selangor.

Azmin cuba nak mengawal bau kentut Hj Hadi yang busuk itu dari dihidu oleh walaun-walaun yang tentunya akan bertempiaran lari meninggalkan Hj Hadi bila dapat tahu cerita yang sebenarnya.

Tapi adakah orang boleh mempercayai sekadar membuat penafian begitu sahaja seperti yang pernah dibuat oleh setpol Haji Hadi mengenai perkara yang sama?

 "Apa yang (Datuk) Husam sebut malam semalam sebenarnya bukan baru," kata MP Shah Alam itu dalam rakaman ceramah Parti Amanah Rakyat (AMANAH) pada 6 November yang dimuatnaik di Youtube.

Khalid yang kini anggota jawatankuasa AMANAH berkata rancangan untuk membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor, bermula pada 2008 sewaktu beliau menjadi timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu. (Baca lagi di sini)

Pengesahan Khalid Samad itu bukan cerita baru.Cerita Hj Hadi jadi 'broker' ini telah turut didedahkan oleh TMI.

Laporan itu menceritakan Hj Hadi sendiri telah mengesahkan perkara tersebut setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin ketika dalam mesyuarat JKPP 25 Ogos 2014.

Hanipa Maidin bertanya kepada presiden, adakah benar perkhabaran beliau dan Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin. Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut laporan di sini. Mujurlah Azmin tidak mudah tergoda dengan umpan tersebut.


Ramai yang telah menjadi saksi mengenai pegakuan Hj Hadi tersebut.Sebab itu Hj Hadi sendiri tidak berani untuk menafikannya hingga ke hari ini. 

 Dr Samsuri, Setpol Hj Hadi, hanya mampu sekadar membuat kenyataan menafikan pendedahan tersebut.

“Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka,” tegasnya lagi.


TMI tetap terus bertegas mempertahankan laporannya itu dan tidak pernah meminta maaf seperti mana yang dituntut oleh Dr Samsuri.


Kenapa PAS tidak berani mengambil tindakan undang-undang kalau benar artikel mengenai pendedahan tawaran Hj Hadi kepada Azmin itu sebagai fitnah dan bertujuan jahat?

Saya percaya pendedahan Husam mengenai tawaran Hj Hadi kepada Azmin itu adalah kerana mahukan respon dari Haji Hadi dan Azmin sendiri.

Azmin sudah memberikan responnya dengan penafian. Kenapa Hj Hadi terus membisu tidak berani menafikannya sendiri? Kita mahu dengar pengakuan / penafian sendiri dari naib ulama sedunia ini.

Apakah PAS rasa rakyat jelata akan  menuduh Husam, Khalid Samad, Hanipa Maidin, Suhaizan Kaiat dan TMI semua tu 'memfitnah dan berniat jahat terhadap Hj Hadi?
Comments
12 Comments

12 comments :

Anonymous said...

Sedap-sedap tuduh orang yang tidak sebulu dengannya itu pengkhianat, sekarang tuduhan itu berbalik kepada dia sendiri. Minta Hadi nafikan secara muhabalah, jika kenyataan yang dibuat oleh Husam itu adalah tidak benar.

Wan Rosli said...

Alamak tn admin.. janganlah ketinggalan keretapi.. TGHH tak perlu sanggah pun.. memang kami sanggup bekerjasama dgn pelbagai pihak demi kebaikan rakyat.. simple je benda nih.. nampak tak sekarang DAP tolak hudud..? jadi dah x nampak kebaikan utk rakyat kelantan yg dahagakan hudud jika bekerjasama dgn DAP.. so memang perlu putuskan hubungan dgn DAP.. ini juga bermakna adalah tepat puak2 mengaku profesional disingkirkan masa muktamar.. bijak sungguh bacaan politik ahli2 PAS..

tanya sama itu hud hud said...

Tuang presideng lah rupanya broker dan barua

tanya sama itu hud hud said...

Amanat hadi awang(broker dan barua kjaan perpaduang),..
SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN PERCAYALAH,
KITA MENENTANG UMNO, BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. 
KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN.
KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, 
MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYAH. 
OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA.
OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA. 
OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA..KITA TIDAK PERLU MASUK BUDHA, KITA TIDAK PERLU MASUK HINDU,
KITA TIDAK PERLU MASUK KERISTIAN,
TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN 'POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'.
Terang lg besuluh.
Skrg jadi jaguh boneka,barua dan broker.
Sendiri ludah,sendiri jilat

Anonymous said...

Hai Wan...kenapa tidak komen balas isu Amanat Hadi Awang di atas tu? Bukankah betul apa yang diperkatakan 'Sendiri ludah,sendiri jilat', apa sudah jadi? Simpan sajalah kebengongan mu itu...

Wan Rosli said...

Silap tu.. broker dan barua dah buat parti baru..

Wan Rosli said...

Betullah tu.. skarang ni kita x mahu bekerjasama dgn kafir harbi dan para pendokongnya.. boleh la kan?

Anonymous said...

Sendiri ludah sendiri jilat. Uwekkkkk. Biar hadi jilat. Hahaha

Ritchie Blackmore said...

Wan rosli pung dah jadi kapir kerana menyokong umnongok selepas ini.Tokguru sasau cow tak tarik lagi amanat tue jadi ia masih fatwa yg sah disisi pas.Esok cow sembahyang kt tokong dgn kuil pung takpa sebab cow dah kapir termasuk tokguru sasau cow tue..

Anonymous said...

WANG ROSLI NI BENGONG PUNCA GANDA DUA.
ORG CAKAP LAIN....
DIO KATO LAIN......

2H NOK JADI PUNAHSIHAK..
PAS ...UMNO NOK BERSATU.....

$$$$ ROSLI KERANA $$$$$ BUKAN KERANA HUDUD.....

SAYA PERHATI SEBAB SAYA ORG KELANTAN JADI...
UNDI PAS SEJAK MULA2 MENGUNDI...
NAMUN SELEPAS BANYOK KALI PAS PERINTAH KELANTAN. .. TIADA USAHA POSITIF UNTUK MENHUDUDKAN CARA GAYA PEMERINTAHAN. .. SEBELUM PERKENALKAN HUDUD SECARA TOTAL..


$$$$ ROSLI BENGONG.

Wan Rosli said...

Betullah sape yg kata agama suku politik suku boleh jatuh akidah.. aku setuju dan korang pun setuju.. jd apa masalahnya.. ?

Anonymous said...

Dah bulan 11 ni Wan Rosli oii... Hudud mana hudud? Bila nak berperang ni?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...