Saturday, November 14, 2015

Husam: Ketua Dewan Ulama PAS macam samseng


Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan beliau sama sekali tidak akan keluar daripada perjuangan parti itu.

 Menjawab pertanyaan di program dialog “Demo Tanya Ambo Jawab” di Kota Bharu hari ini, Husam berkata, tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk mengarahkan beliau supaya keluar PAS.

 Husam yang juga ADUN Salor berkata, Dewan Ulama PAS juga tidak mempunyai hak untuk menyuruh beliau berbuat demikian.

 "Demo sapo, kawe sapo? (kamu siapa, saya siapa) Ijtihad saya masih pilih duduk di dalam 'kapal' sebab kapal belum karam.

 "Ketua Dewan Ulama PAS sama taraf dengan saya, PAS bukan milik dewan Ulama, bukan juga milik saya‎," kata Husam.

 Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfozd Mohamed, Husam mempersoalkan atas alasan apa beliau perlu keluar daripada perjuangan parti itu.

 "‎Apa salah saya? Bagi nas, (ayat) al-Quran, hadis, ijmak dan qias, apa kesalahan saya? Ini sepatutnya cara Dewan Ulama berfikir.

 "Ini serupa macam orang lain, macam orang samseng juga. Awak siapa? Kalau dia (Mahfodz) jawab, ana (saya) ketua Dewan Ulama, ana (pula) ketua PAS kawasan Kubang Kerian," tegas Husam. Beliau memberitahu bahawa PAS Kubang Kerian antara kawasan terkuat di Malaysia. 

 "Saya yang patut halau orang. Sudah tiga DUN satu Parlimen bertanding, alhamdulillah menang.

 "Ketika bertanding di Parlimen, selain Tun Dr Mahathir (Mohamad), saya (calon) Melayu yang mendapat m‎ajoriti tertinggi, patut saya halau dia," katanya.

 Dalam program yang di hadiri kira-kira 2,000 orang itu, Husam tetap mempertahankan tegurannya terhadap PAS sebagai tidak salah.

 "Kecuali nyatakan kesalahan saya. Adakah Islam dalam PAS ini menjadi kesalahan kalau menegur?"9 "Jadi saya nak beritahu, saya tak akan keluar PAS," kata bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu. ~ malaysiakini.

Komen al-Husseyn :

Bakpo demo longat sangat? Husam tutoh Mahfodz : "Bertanding di Johor pun kalah! " Ni nak suruh Husam yang menang besar 17,000 keluar PAS? Hahaha! Marah-marah lebih dari samseng lagi! Nak suruh Husam terbit PAS? Pah tu mudahlah demo nak gelar Husam sebagai pengkhianat gapo-gapo....hok alah!

Husam juga ada sebut : Umno taklah macam PAS ni...TS Muhyiddin kritik Najib pasal 1MBD, dia tak suruh Muhyiddin keluar Umno....PAS guana mu ding? Hahaha!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...