Saturday, November 14, 2015

Jamil Khir sila beri penjelasan kepada rakyat berhubung isu tersebut.

Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir hari ini mempertahankan dakwaannya terhadap Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan tegas tidak mahu menarik balik kenyataannya atau memohon maaf kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu.

 Katanya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dengan membuat pendedahan berhubung dakwaan salahguna wang anak yatim di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dalam lawatan luar negara Jamil dan rombongannya tahun lepas.

 Oleh itu, beliau tidak akan sesekali menarik dakwaannya itu atau membuat permohonan maaf terhadap Jamil sebaliknya berkata, menteri berkenaan yang sepatutnya memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu tersebut.

 "Bukan saya yang ambil duit. Kalau saya nak minta maaf, saya tidak tahu nak minta maaf sebab apa. 

"Kerana itu saya minta Jamil perjelaskan, kenapa beliau menggunakan duit tersebut," katanya pada sidang media di pejabat NOW di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Baca lagi di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Apa sahaja disentuh oleh pemimpin Umno mesti jadi salahguna. Dari zakat sampailah duit derma untuk anak-anak yatim pun mereka sanggup salahguna. Semoga Allah kurniakan kebenaran kepada kita semua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...