JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, November 11, 2015

Katakanlah : Saya tidak pernah ajak Azmin masuk PAS atau menawarkan Azmin jawatan sebagai MB Selangor

Roslan SMS menulis dalam blognya telah memetik tulisan RPK yg menuduh Dato Husam kononnya telah menerima duit hasil judi untuk membiaya belanja dan aktiviti politiknya.

 Roslan juga memetik tuduhan RPK terhadap Husam kononnya terlibat dalam kerja-kerja menggodam minit mesyuarat EXCO Kelantan yang menolak penganugerahan konsesi balak kepada dua (pimpinan) DAP bersaudara dari Perak. Malah Husam terlibat dalam perundingan untuk melantik Tengku Razaleigh mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

 Kalau benar Husam buat kelaku macam tu, bakpo mu  tidak ngoyak kepada SPRM untuk diambil tindakan? 

 Jangan nak samakan tuduhan RPK yang melibatkan Husam dengan rasuah dari towkey judi dengan tuduhan Husam terhadap Hj Hadi yang ajak Azmin masuk PAS dan menawarkan Azmin jawatan MB Selangor.

 Husam ada saksi yang ramai untuk tampil memberi perakuan mengenai kenyataan adanya kenyataan Hj Hadi tersebut sebab ianya dibuat dalam mesyuarat JKPP - Ada Khalid Samad. Ada Hanipa maidin. Ada Dr Hatta ...selain Allah dan malaikat yang menjadi saksi!

 Husam bukan minta bukti apa-apa dari Hj Hadi tetapi sekadar mahukan Hj Hadi menyatakan bahawa perkara yang Husam katakan itu ‘tidak benar’. Husam sekadar mahukan Hj Hadi menyatakan sendiri penafian mengenainya.

 Kenapa Hj Hadi tidak berani menafikannya sendiri? 

 Mungkin Hj Hadi menyedari bahawa Husam akan mencabarnya untuk bermurbahalah untuk membuktikan kebenaran antara mereka berdua, siapa yang berbohong dan siapa yang bercakap benar.

 Mubahalah ialah dimana masing-masing pihak diantara orang-orang yang berbeda pendapat berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh, agar Allah menjatuhkan laknat kepada pihak yg berdusta. 

 Dalam sirah nabi SAW, peristiwa mubahalah pernah berlaku, Nabi mengajak utusan Nasrani Najran bermubahalah tetapi mereka tidak berani dan ini menjadi bukti kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. Allah merakamkan peristiwa tersebut dalam al-Quran :
 Kebenaran itu dari tuhanmu, karena itu janganlah engkau (Muhammad) termasuk orang-orang yang ragu. (Maksud Ali Imran ayat 60).
 Siapa yang membantahmu dalam hal ini setelah engkau memperoleh ilmu, katakanlah (Muhammad), "marilah kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, istri-istri kami dan istri-istri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian marilah kita ber murbahalah agar laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta." (Maksud Ali Imran ayat 61).
 Hj Hadi tidak perlulah mengumpulkan seluruh pentaksub dan walaunnya termasuk isteri-isteri dan anak-anaknya untuk bermurbahalah. Cukuplah hanya Hj Hadi dan Husam berdua sahaja bermurbahalah.

 Walau apa-apa pun, terlebih dahulu, kita mohon Hj Hadi keluarkan kenyataan bahawa tuduhan Husam itu adalah fitnah. Katakanlah, “Saya tidak pernah ajak Azmin masuk PAS atau menawarkan Azmin jawatan sebagai MB Selangor” 

Saya akhiri entri saya ini persis sebagaimana tulisan Roslam SMS :

“The ball is now in your court” Ayah Chik, mohon berikanlah kami penjelasan.
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Baso penakut..lebih kurang najib..

tanya sama itu hud hud said...

Logiknya mcm ni,
Hadi diam kononnya nak tgk sapa yg wala membela dia.
Maka berlumba2 lah walaun2 sekor2 tampil membela dia..
Sapa yg tak bela hadi awang,maka orang tu akan dichop sebagai tidak wala dan akan dihumban..
Itulah penangan ularmak terhebat marang.

Unknown said...

Lagu mano kalu huse dengan geng pas cai berdebat? Atas apa tajuk sekalipun.

mujadid said...

RPK adalah penulis upahan.Sebelum ini RPK bersama PKR dan selepas melarikan diri ke UK beliau telah diupah oleh Dr.Mahathir utk kerja2 menjatuhkan Pak Lah. Kini beliau diupah oleh Najib utk kerja2 propaganda dan menepis tuduhan2 Gerakan Anti Najib.
Hati ini sesiapa yg bersama Najib akan disokong oleh RPK.Hadi Awang yg terang2 menyokong kepimpinan Najib juga kan dibela oleh RPK.
Penulis2 sebegini di panggil pelacur yg menerima upah shj dan tidak ada kredibiliti dan maruah.

Anonymous said...

Huhuhu depa takut tak masuk syurga kalau tak bela "penjaga pintu syurga"

Anonymous said...

roslan sms dah terlalu desperate jk terpaksa bergantung pd tuduhan political mercernary spt rpk!

Anonymous said...

Semoga Allah melaknat anjing/syaiton botak ni aamiinYa Rabb

Anonymous said...

mace najiblah bulih 2.6b duit derma, ore ramai suruh dia jawab bukey ore lain hok jawab.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...