JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, November 25, 2015

Kelulusan diberikan selepas urusniaga berlaku : NFCorp dicabar dedah minit mesyuarat

OLEH RAM ANAND
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mencabar National Feedlot Corporation (NFCorp) mendedahkan minit mesyurat ahli lembaga pengarah dan mesyuarat agung tahunan (AGM) yang memberi kelulusan kepada urusniaga RM49.75 juta.

 Beliau semalam mendakwa Putrajaya memberikan kelulusan retrospektif (tarikh dikemudiankan) ke atas pembelian 2 unit kondominium di Bangsar dan pemindahan RM40 juta kepada National Meat and Livestock Corporation (NMLC), yang dakwanya membolehkan pengerusi NFCorp Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail bebas daripada tuduhan pecah amanah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

 Rafizi juga berkata beliau meneka yang kelulusan retrospektif itu diberikan wakil kerajaan dalam NFCorp selepas urusniaga berlaku.

 "Orang ramai perlu diberikan hak untuk melihat sendiri bagaimana proses membuat keputusan NMLC menjadi anak syarikat selepas dana itu dipindahkan tanpa kebenaran," katanya.

 Skandal NFCorp bermula 2011 selepas pendedahan dibuat bahawa projek itu tidak mempunyai kemajuan sedangkan menerima pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan.

 Salleh didakwa pecah amanah pada 2012 selepas pendedahan dibuat yang dana NFCorp digunakan untuk membeli 2 kondominium di One Menerung, Bangsar.

 Kerajaan sebelum ini bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap NFCorp kerana kegagalannya membayar bunga dan asas pinjaman mudah itu. – 25 November, 2015. ~ themalaysianinsider
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...