Wednesday, November 04, 2015

Kerajaan menggelupoq nak halang debat untuk melindungi 1MDB

 Debat antara Tony Pua dengan Arul Kanda Kandasamy secara umumnya telah pun dipersetujui oleh kedua-dua tuan punya badan dan mengikut logik akal, tiada apa-apa lagi yang sepatutnya boleh menghalang debat itu daripada menjadi kenyataan.

 Tetapi nampaknya, UMNO dan kerajaan mulai menggelupur kebimbangan dengan debat itu dan mulai cuba melakukan pelbagai usaha untuk menghalangnya dengan menjadikan Tony Pua sebagai sasarannya.

 Hahahaha....Mari kita ketawa dengan sikap penakut dan pengecut UMNO dan kerajaan itu. Buat malu dengan makcik Felda sajalah....

 Hari ini saja banyak drama telah dipentaskan yang menggambarkan ketakutan itu. Walaupun cuba menyembunyikannya, jawapan yang tepat ialah TAKUT DENGAN KEBENARAN.

 Drama 1 - Speaker Parlimen, Pandikar Amin Haji Mulia mengancam untuk meletakkan jawatan jika debat itu diadakan, kecuali jika Tony Pua meletakkan jawatan sebagai anggota PAC.

 Beliau juga mengatakan jika Arul Kanda menyertai debat itu, beliau tidak boleh lagi menjadi saksi dalam siasatan oleh PAC. Kenapa main ugut-ugut orang lain kalau nak letak jawatan? Dulu ugut nak letak jawatan sebab tiada kemudahan tandas, sekarang Tony Pua dan Arul pula umpannya?

 Drama 2 - Suara ugutan Pandikar itu kemudian disambut oleh Pengerusi PAC yang baru Hasan Ariffin, dengan mengatakan Tony Pua seharusnya tidak boleh bercakap mengenai 1MDB di luar Parlimen dan sebagainya selagi menganggotai PAC.

 Kita mendengar keputusan Speaker tadi. Saya selaku pengerusi jawatankuasa di bawah Parlimen patuh kepada arahan itu. Ini bermakna Tony Pua tidak boleh bercakap tentang 1MDB di luar dan sebagainya, jelas beliau.

 Drama 3 - Selepas itu, Shahrir Samad yang pernah menjadi Pengerusi PAC pula mengeluarkan kenyataan bahawa Tony Pua bakal berdepan tindakan Parlimen jika membocorkan maklumat diperolehinya dalam prosiding jawatankuasa itu ketika berdebat dengan Arul nanti. Katanya, sekiranya debat itu berlangsung, Tony Pua dikhuatiri sama ada secara sengaja atau tidak membocorkan maklumat yang diperolehinya dan mungkin memberi kesan kepada jawatankuasa itu.

 Sehubungan itu, tegasnya, jika Tony Pua mengambil bahagian dalam debat itu, beliau berdepan dengan keadaan di mana satu usul boleh dibuat terhadapnya kerana menghina Parlimen.

 Drama 4 - Seorang lagi pemimpin UMNO iaitu Annuar Musa juga tampil dengan melabelkan Tony Pua sebagai tidak mempunyai "T" yang bermaksud "tidak bertelur" jika tidak berani meletak jawatan sebagai anggota PAC untuk berdebat dengan Arul. 

 Kata beliau, jika benar Tony Pua mempunyai bukti kukuh tentang salah laku 1MDB, beliau tidak seharusnya takut untuk meletak jawatan sebagai anggota PAC dan menumpukan perhatiannya kepada debat itu.

 Jika Tony Pua enggan melepaskan jawatannya dalam PAC yang disifatkannya sebagai tiada "T", beliau lantas mencadangkan agar Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi gantinya untuk berdebat dengan Presiden 1MDB itu.

 Ehh...kalau nak minta Dr Wan Azizah sebagai gantinya, lawannya bukanlah Arul Kanda, tetapi seharusnya Najib sendiri. Barulah padan, Ketua Pembangkang lawan dengan Perdana Menteri dan dapatlah juga kita mengetahui sama ada Najib ada "T" atau tidak.

 Drama 5 - Salleh Said Keruak yang sebelum ini sudah menyatakan persetujuan untuk membenarkan RTM membuat siaran langsung untuk debat itu, bahkan sudah menetapkan tarikhnya pada Jumaat, jam 9 hingga 10 malam, tiba-tiba membuat pusingan U dengan mengatakan ianya tertakluk kepada pematuhan terhadap arahan Speaker Parlimen.

 Katanya, syarat yang dimaksudkan perlu dipatuhi untuk siaran langsung itu ialah Tony Pua mesti meletak jawatan sebagai anggota PAC dan Arul Kanda pula tidak boleh terlibat sebagai saksi dalam siasatan mengenai 1MDB.

 Auta betul Salleh ni...Esok lusa entah apa drama beliau. Esok lusa juga entah siapa-siapa lagi akan bercakap dengan nada yang serupa iaitu jika mahu debat diteruskan, Tony Pua mestilah berundur daripada PAC dan Arul pula dibebaskan sebagai saksi 1MDB. Sebenarnya inilah yang sebetul-betulnya dinamakan penakut dan pengecut tetapi malu mahu mengaku, bahkan dalam masa yang sama putar alamnya tetap gred satu. 

 Sudahlah Tony Pua dipaksa berundur daripada PAC jika mahu berdebat, bahkan Arul turut diputuskan tidak boleh lagi menjadi saksi dalam penyiasatan PAC mengenai 1MDB jika tampil dalam debat itu.

 Kenapa takut jika debat itu melibatkan Tony Pua? Kenapa pula jika Arul muncul dalam debat, beliau tidak boleh lagi menjadi saksi? Bukankah Arul sudah banyak bercakap di luar mengenai 1MDB, termasuk dalam televisyen sebelum ini?

 Dalam penakut dan pengecut itu, tetapi maksud tersiratnya tidak lain ialah untuk melindungi 1MDB.

 Drama demi drama yang dipentaskan sekarang tidak lain ialah agar debat itu tidak menjadi kenyataan akhirnya. Itu saja tujuannya. (SH 03/11/2015) ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...