PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, November 26, 2015

Kevin kendali kes PM, Rosmah; 'AKM' di kertas pertuduhan

Dakwaan draf kertas pertuduhan ke atas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didedahkan oleh laman web Sarawak Report mempunyai singkatan tandatangan (initials) Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, kata adiknya.

 Dalam akuan sumpah berkanun (SD) hari ini, Charles Suresh Morais berkata ketika melihat dua halaman kertas pertuduhan di laman web itu pada 30 Julai, beliau mengenali singkatan 'AKM' iaitu ringkasan tandatangan abangnya di satu daripada kertas itu.

 "Selepas melihat draf ini sekali lagi, saya dapati bahawa satu daripadanya telah dipinda dan mempunyai tandatangan singkatnya.


"Selepas meneliti kertas pertuduhan itu secara terperinci, saya dapati ada tandatangan abang saya, Kevin bersebelahan pindaan itu. Saya biasa dengan tandatangan dan singkatan yang digunakannya," kata Charles dalam dalam SD.

 Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali sebelum ini menolak draf kertas pertuduhan itu yang didakwa sebagai palsu.

  Charles dalam akuan bersumpahnya berkata beliau sentiasa berhubungan dengan Kevin, termasuk membuat dua atau tiga panggilan telefon sebulan dan saling bertukar e-mel.

 Beliau juga mendakwa bahawa dua hingga tiga bulan sebelum pembunuhan Kevin pada September lalu, abangnya meberitahu bahawa beliau sedang mengendalikan kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

 Dalam SD itu, adiknya itu juga mendakwa bahawa Kevin yang telah dipinjamkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan pasangan itu sebagai 'kurang memberangsangkan'.

 “Katanya perbualan telefonnya mungkin diintip dan berhati-hati dengan apa yang saya katakan. Itulah sebabnya sebahagian besar perbualan kami biasanya dalam bahasa Malayalam,” katanya.

 SPRM sedang menyiasat derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta daripada SRC International yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri. 

Dalam SD  itu, Charles berkata beliau kemudian menemui Rewcastle-Brown (editor Sarawak Report) tentang kertas pertuduhan dan ia telah mendedahkan dokumen itu telah dihantar dari e-mel yang dipanggil "jibby@anonymousspeech.com".

Charles berkata beliau yakin bahawa e-mel itu datang dari Kevin. Beliau berkata nama "Jibby" merujuk kepada pengasuh mereka berdua (Kevin dan Charles)

 "Kevin bekerja secara langsung di bawah Peguam Negara pada masa itu dan akan merahsiakan jenis maklumat yang muncul dalam lembaran draf tersebut." ~ malaysiakini

Komen al-Husseyn :

Apa pula yang akan dikatakan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali yang sebelum ini menolak draf kertas pertuduhan itu yang didakwa sebagai palsu?

Bukankah kerana kemunculan draf kertas pertuduhan itu di laman web Sarawak Report itu menyebabkan Ghani Patail tiba-tiba dihalang dari memasuki pejabatnya oleh Setiausaha Negara, Ali Hamsah dan memeritahunya on the spot bahawa dia telah dipecat sebagai Peguam Negara?

Apandi Ali hanya mampu membuat penafian tidak lebih dari itu. Tetapi siapa yang akan mempercayainya bila berdepan dengan segala bukti telah ternyata begitu jelas sekali.

Begitu juga KPN Khalid Abu Bakar yang menuduh SD Charles Suresh Morais sebagai bohong.

KPN cuba menafikan kenyataan SD Charles Morais bahawa KPN telah memanggil mendiang Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais untuk bertanyakan mengenai kehadiran adiknya yang kedua, Richard Morais di tempat kejadian pembunuhan. Ini adalah merujuk kepada adik Kevin, Richard Dilaan Morais dan pembunuhan pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi. 

Itu bukan perkara yang baru. Sebelum ini, Pascal Najadi, anak si mangsa juga telah mendedahkan melalu statusnya di fesbuk 'Justice for Najadi-Ambank ' bahawa "Dato Richard Morais orang terakhir menemui Hussain Najadi dibunuh di Kuil 29 Julai 2013."

Pascal Najadi mendapat maklumat mengenainya melalui seorang peguam (identitinya dirahsiakan) yang telah dihubungi oleh mangsa sebelum dia dibunuh.

Ini semua kerana mahu menyelamatkan seorang pembesar negara yang sangat-sangat  'kolata ala'!

You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time. ~ Abraham Lincoln.

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...