PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Sunday, November 15, 2015

Kuliah Maghrib UAA pindah lokasi ke Surau Permai


 Adalah dengan ini dimaklumkan, Kuliah AF Ust. Ahmad Awang terpaksa berpindah tempat ke Surau Permai di Taman Perpaduan Permai Ulu Kinta.

 Lokasi surau ini bertentangan dengan bangunan GIAT MARA Tambun.Harap maaf diatas pertukaran tempat yang berlaku disaat-saat akhir seperti ini. 

Kuliah Ust Ahmad Awang dijangka akan diadakan di Masjid Panglima Kinta pada malam ini. Tetapi apa yang dapat saya katakan mengenainya ialah beginilah kerja-kerja jahat mereka yang kononnya mengaku hanya puak mereka sahaja yang layak buat kerja-kerja Islam dan orang dari kumpulan lain tidak layak!

Allah telah nyatakan dalam al-Quran, kerja buat orang sebegini, menghalang kerja-kerja dakwah di jalan Allah  sebagai sangat zalim dan tidak ada lagi orang yang lebih zalim dari orang yang berbuat demikian. 

 "Dan siapakah yang lebih zalim dari orang-orang yang menghalang-halangi masjid-masjid Allah , daripada akan disebut padanya namaNya , seraya berusaha mereka pada meruntuhkan nya ? Mereka itu tidaklah akan masuk kedalamnya, melainkan dengan ketakutan. Untuk mereka di dalam dunia ini adalah kehinaan, dan untuk mereka di akhirat adalah azab yang besar."(al-Baqarah:114)
Comments
3 Comments

3 comments :

Abdul Said said...

Dalam usia bersekolah menengah dalam tahun 60an selalu juga dengar-dengar orang tua-tua brsembang diberanda surau (di Ampang Selangor) mengenai Ustaz Ahmad Awang. Cerita yang baik-baikle. La ni ada orang yang tidak benarkan ustaz tu memberi kuliah dimasjid dalam negeri kelahirannya. Tak taulah apa sebabnya. Mungkin ustaz sudah nyanyok dan ceramahnya penuh seleweng atau pun yang berkuasa dimasjid tu semuanya kena penyakit gila babi dan dementia!!!

Anonymous said...

Kita berbicara tentang islam dan kesatuan. Diambil contoh lah negara2 luar sebagai sandaran kecelaruan negara tetsebut. Tetapi hakikatnya di dlm negara sendiri mereka pun berkecamuk dan celaru.

Anonymous said...

Ulamak2 dalam pas sekarang adalah ulamak jadian..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...