Saturday, November 21, 2015

Maaf Dato' Mahfuz , kami pi dulu ....

Assalamualaikum Dato' Maaf, kami tak boleh tunggu dah.

 Setelah menunggu agak lama perkembangan politik dalaman PAS yang amat membingungkan, malam tadi 300 bekas ahli Pas bertekad untuk meninggalkan 'sejarah' mereka bersama dengan PAS, mereka secara rasminya menyerahkan borang permohonan keahlian Parti AMANAH kepada Timbalan Presiden, Tuan Hj Salehuddin Ayub dengan disaksikan oleh YB Dr Mujahid Rawa dan Dr Ismail Salleh.

 Bekas ahli Pas yang diketuai oleh Hj Omar Awang (Mantan NYDP Pas Kawasan Pokok Sena) dan Hj Jauhari Hanapiah (Mantan Ketua Penerangan Pas Pokok Sena) terpaksa mengambil tindakan untuk meninggalkan Pas setelah PAS dilihat kehilangan arah tuju.

 "Kami pun tak faham sebenarnya pimpinan nak apa?, sat-sat kata nak kawan umno, yang lain pula kata umno tak boleh percaya, sat-sat nak kawan dengan orang, lepas tu dalam muktamar putuih hubungan, nak pi mana sebenarnya?" Kata salah seorang bekas ahli Pas tersebut apabila ditanya kenapa memilih untuk meninggalkan parti yang telah dianggotai selama 27 tahun.

 "Apapun, maaflah Dato' Mahfuz, kami dah tak larat nak tunggu, walaupun kami tau Dato' dok perosah nak baiki parti dari dalam, nampaknya hat ataih tu makin ghosot, kita berpisah sat, kami pi dulu, lepaih Dato' pula mai, " kata seorang Cikgu Harumanis.

 Maaf Dato' Mahfuz! 

 Amanah Kedah kena terima permohonan rakan rakan yang ingin bersama Amanah dari kawasan Pokok Sena tanpa menunggu Dato', kegelisahan orang bawah amat membarah pada waktu ini.

 Ridzwan Abu Bakar
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Hj hadi ni memang kaki perosak ..

Wan Rosli said...

Tapi pada pas tak jadi barah pun pada pas.. elok keluar sekarang dari tunggu muktamar yg akan datang.. alhamdulillah ..

Wan Rosli said...

Terbaeklah.. kita tunggu perkembangan selanjutnya.. sekarang ni kalau x ikut cakap abang besar akan dianggap nak bergabung dgn umno.. hanya pan shj yg masih belum dianggap nak bergabung dgn umno lantaran masih setia bertugas sbg barua atau macai dap..

Anonymous said...

Hai Wan...jangan lupa makan ubat gila, kamu dah sasau aku tengok.

Anonymous said...

Wan rosli ni pencacai n blogger umno sebenonye..jadi tak usah le respon pd die..blah la lu rosli..

Anonymous said...

Wan rosli ni pencacai n blogger umno sebenonye..jadi tak usah le respon pd die..blah la lu rosli..

Anonymous said...

Saya dah agak yg tuan sebenarnya dato'. Saya betul² tak sangka... Maafkan la segala kritikan yg saya buat... Dato, kalau tak keberatan, saya masih perlukan pekerjaan dato'... Tp dato' kena paham la... Skang pun harga macam² naik... Harap dapat dato memaafkn tindakan tidak matang sya itu.. Sya betindak melulu... Ok datuk, saya tnggu dato memberi jwapan dan sudi trm sya keja kmbali...

Anonymous said...

Sampai hati dato tak siarkan komen meminta maaf pada dato... Sbelum kita trouble lagi, sya dah sedih tngok pngorbanan doto.... Sengaja hidup susah demi Rakan² lain.... Insya'Allah, kalau dato setuju pinjam kan dulu kenderaan dato, saya akn kerbersungguh² dato...

Anonymous said...

Sungguh... Rupenya dia seorang dato sanggup bersusah, kenapa kita sendiri tidak boleh bekorban untuknya....
Aku mula sakit hati dengan musuh dato ni... Dato'. Serahkan pada sya.... Demi dato' yg pernah dgn tidak sngaja terlepas pandang... Harap dato percaya... Sya betul² tak hairan dgn darjat kebesaran, tetapi keikhlasan dan kesungguhan dirinya betul² membuka hati saya utk mmbantu dia mnentang musuh² politiknya.... Hidup dato!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...