GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, November 30, 2015

Majlis berkhatan anjuran Pemuda AMANAH Gopeng meriah

Timb Ketua AMANAH Gopeng Anuar Ibrahim bersama
Pengerusi Surau al-Qamar menyampaikan cenderahati kpd
para peserta
Tahniah kepada Pemuda AMANAH parlimen Gopeng diatas kejayaan mereka menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai di Surau al-Qamar, Taman Pengkalan Utama, Pengkalan Pegoh, pagi kelmarin dengan kerjasama Jawatankuasa surau tersebut.

Apa yang sangat mengembirakan ialah para peserta hanya dikenakan bayaran yang begitu minimal iaitu hanya untuk kos perubatan sebanyak RM50.00 sahaja.

Sementara pekhidmatan yang diberikan oleh 3 doktor muda tempatan adalah percuma.


Pihak Pemuda AMANAH telah turut menaja seramai 7 anak yatim dan keluarga fakir dan menyumbangkan sedikit saguhati kepada 3 doktor yang terlibat dalam memberikan khidmat percuma itu.


Majlis bermula seawal 8.00 pagi di mana mereka bersama keluarga telah dijamu dengan sedikit juadah sarapan pagi sebelum majlis berkhatan bermula.

Seramai 30 peserta yang terlibat telah diraikan dengan 'Royal Shower' oleh pasukan Bomba berhampiran yang dijemput khas untuk mereka.

Pihak jawatankuasa surau menyatakan rasa gembira dengan program seumpama itu dan sangat mengalu-alukan program kemasyarakatan seumpamanya itu  dapat diteruskan dimasa akan datang. 
Comments
1 Comments

1 comment :

tanya sama itu hud hud said...

Eloklah pas buat majlis khatan sekali lagi untuk pemimpin2nya yg tak berani nak berdebat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...