JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, November 25, 2015

Mampukah Umno keluarkan najis kotorannya?

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno dibuat di Parlimen petang kelmarin menunjukan sesuatu yang amat luar biasa. 

Ini merupakan pertanda bahawa Umno kini sedang ligat bergolak hinggakan beberapa usaha yang luar biasa terpaksa dilakukan semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan beberapa pemimpin Umno yang semakin membusuk.

Luar biasa kerana Umno mempunyai ibu pejabat sendiri. Kenapa diadakan di bangunan parlimen pula?

Maka berlakulah beberapa keajaiban ..... 

Mesyuarat berlangsung tanpa kehadiran Timbalan Presiden, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin, dan Naib Presiden, (Datuk Seri) Shafie Apdal.

Menurut A.Kadir Jasin, mesyuarat itu dipercepatkan daripada 27 November kepada 24 November kerana hendak ambil kesempatan daripada ketidakberadaan mereka di dalam negara. 

Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat atas alasan berkaitan disiplin parti. 

Kenapa tindakan yang sama keatas Muhyiddin dan  Shafie Apdal tidak berlaku? Waima mereka berdua ini lebih vokal dari Hamidah mendesak Najib berundur.

Ini mungkin kerana pengaruh Hamidah di Perak tidak begitu kuat berbanding dengan Muhyiddin di Johor dan Shafie Apdal di Sabah. Malang bagi Hamidah kerana tidak ada mana-mana bahagian Umno di Perak yang berani bersama dan menyokongnya dalam isu ini.

Hamidah tentu sekali tidak mampu menyaingi pengaruh Zahid Hamidi di Perak yang merupakan orang kanan Najib.

Tidak sebagaimana Muhyiddin di Johor. Syed Akbar Ali dalam blognya menulis : Dilaporkan 108 Cawangan dari 6 Bahagian Umno Johor desak Najib letak jawatan. 

Mungkin berita 108 Cawangan di Johor itu menakutkan Najib untuk bertindak lebih drastik terhadap Muhyiddin.

Namun komplot untuk menghalang Muhyiddin dan Shafie Apdal daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta berucap di majlis penggulungan di hari terakhir berjaya dilakukan.

Sahabudin melalui blognya bertanya, apakah keputusan tidak membenarkan seorang Timbalan Presiden merasmikan mesyuarat sayap-sayap ini hanya untuk tahun ini saja, suatu keputusan yang kekal selama-lamanya atau selagi Muhyiddin memegang jawatan nombor dua itu sahaja? 

 Terlihat bahawa keputusan ini dibuat dalam ketakutan dan tidak yakin dengan kekuatan dirinya sendiri, walaupun tidak dinafikan beliau terlalu ingin memecat timbalannya itu. 

Menurut Sahabudin, pada 27 November ini pula kira-kira 200 Ketua Cawangan dijangka akan mengadakan perhimpunan khas di tempat yang belum ditentukan di Selangor.

Umno buat julung kalinya membenarkan ketua Wanita, Pemuda dan Puteri merasmikan perhimpunan agung mereka sendiri.

  “Ini adalah cadangan daripada ketiga-tiga sayap parti. Inilah apa yang mereka mahu dan kami menghormati hasrat mereka,” kata PM Najib.

Mampukah Najib terus menekan suara akar umbi Umno di Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung bermula 8 hingga 12 Disember tahun ini? 


Umno yang sedang berdepan dengang krisis dalaman adalah umpama seorang yang sedang menahan perutnya yang sedang sakit memulas. Tidak ada jalan lain melainkan dia kena ke tandas untuk melegakan perutnya. 

Hanya berkentut sahaja tidak akan melegakan sakit yang dialami.Umno kena keluarkan segala najis kekotorannya itu!
Comments
1 Comments

1 comment :

usop ali said...

Allah Maha Mengetahui.....Rasai la ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...