GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, November 13, 2015

Menteri mentekedarah duit bantuan anak yatim dan miskin ??

National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini tampil dengan pendedahan yang paling mengejutkan berkaitan skandal melibatkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dimana wang yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah telah disalah gunakan oleh Menteri Hal Ehwal Islam, Y.B Dato’ Seri Jamil Khir Baharom.

Mengikut dokumen yang NOW perolehi, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri beliau Datin Seri Fatmawati Saidin dan seorang lagi individu bernama Cik Biby Haslinda telah mengikuti satu rombongan ke Amerikat Syarikat bagi tempoh perjalanan 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014.

Mengikut laporan tersebut, Jamil Khir enjoy sakan bermain golf, bawa isteri shopping di Pusat Membeli-belah “upscale outlet” barangan berjenama yang terletak di Washington DC, makan-makan yang jumlah keseluruhannya RM 410, 978.56!

  Perbelanjaan oleh Menteri dan rombongannya itu dibuat melalui institusi dibawah kawalan YaPEIM iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) yang mana duit tersebut adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin. Baca sepenuhnya di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

tuan penasihat said...

dimana penasihat?

Anonymous said...

Jsmil khir tak perlu mintak maaf dgn rakyat malaysia...bertaubat...mohon keampunan dari Allah swt...hairan betul manusia ini..kemana pergi kepalanya hingga sanggup terjebat dng perkara2 syubahat/syubahah ..sedangkan Rasullulah betsabda......sesiapa yang terlibah dangan syubahah..terlibat dengan haram....wallahhu'alam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...