Friday, November 20, 2015

Nurul Izzah dijemput Datuk Bandar Manila dan Naib Presiden Filipina

Hanya kerana foto-foto pertemuan Nurul Izzah dan Jacel H Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram yang mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013 dimuatkan di facebook princessjacel , Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan sudah naik 'hangin' satu badan!

Dia suruh Nurul Izzah Anwar memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutama di Sabah berikutan tindakannya mengadakan pertemuan dengan Jacel H Kiram.   

Dia juga mengancam, Nurul Izzah kemungkinan kerajaan negeri Sabah jika tidak akan membenarkan YB Nurul Izzah melawat Sabah jika tidak minta maaf!

Tidak boleh beri sebarang alasan kerana tiada satu alasan pun boleh 'menghalalkan' perbuatan itu....Amboi...korang baca kat  sini.

Nurul dalam penjelasan mengenai insiden tersebut berkata beliau diundang ke majlis tersebut yang dihadiri bersama beberapa anggota kongres Filipina: Hermilando Mandanas, Regina Reyes, dan Silvestre Bello. 


Turut hadir, dekan undang-undang Amading Valdez dan bekas anggota kabinet Romy Nery, selain pegawai-pegawai naib presiden Filipina dan datuk bandar Manila.

“Saya diundang sebagai tetamu di majlis anjuran Majlis Hal-Ehwal Filipina, Institut Demokrasi Asia, Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filipina.”

 “Mereka [penganjur] yang membuat keputusan siapa yang patut kami temui,”  Jelas Nurul di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...