GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, November 17, 2015

Orang lain buat kursus kahwin dapat untung, tapi YaPEIM rugi?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mempertahankan penganjuran kursus perkahwinan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di luar negara.

 Jamil Khir berkata, kursus itu memberi manfaat kepada pelajar di luar negara tanpa perlu mengambil kursus yang serupa di Malaysia, lapor The Rakyat Post.

 “Apa salahnya Yapeim menganjur dan membiayai kursus perkahwinan kepada pelajar luar negara?

 “Adakah kursus itu tidak berfaedah sedangkan ia memudahkan pelajar yang mengikuti kursus itu berkahwin di luar atau pun di dalam negara?," soalnya seperti dilaporkan portal tersebut.

 Malah katanya, kursus itu mendapat sambutan daripada pelajar sehingga terpaksa menolak permohonan yang terlalu ramai.

 “Pelajar tahu manfaat daripada kursus itu yang merangkumi pelbagai perkara berkaitan kekeluargaan dan penjelasan berkaitan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya mengulas dakwaan Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir yang mempersoalkan rasional kursus itu.

 Jamil Khir berkata, kursus dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu pernah diadakan di beberapa tempat lain seperti di Amerika Syarikat, London dan Paris. Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan NOW itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana beliau turut berdialog dengan peserta mengenai isu semasa.

 “Saya perjelaskan isu semasa negara, pengganas Isis, hudud dan perkara berkaitan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT).

 “Pelajar berpeluang bertanya apa juga kemusykilan berkaitan agama dan alam perkahwinan serta kekeluargaan,” katanya. Beliau berkata, pelajar Malaysia di luar negara juga layak menerima bantuan daripada Yapeim termasuk kursus perkahwinan selain bantuan perniagaan. – 17 November, 2015. ~ themalaysianinsider

Komen al-Husseyn :

Mangkuk ni satu... orang persoalkan ko guna duit anak yatim tu...boleh ke buat belanja untuk lain pula?

Lagi pula semua orang tahu, lazimnya Kursus Pra Perkahwinan anjuran Agama Islam menggunakan Yuran Penyertaan sebanyak RM 80.00 seorang. Maka penganjur akan mendapat keuntungan. Bukan buat saja-saja dengan percuma!

Tetapi peliklah pula, macamana pula Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), membelanjakan hingga RM290,000 untuk kursus perkahwinan di luar negara, di Paris, Perancis? 

Apakah perbelanjaan tersebut termasuk kenduri kahwin selepas berkursus? Kalau macam itu , saya pun mahu!  Pah! Oh Pah! Mana butang baju melayu abang Pah?! Hahahaha!
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Amat jelas Jamil sendiri telah pun mengaku dia menggunakan dana dari Yapeim untuk tujuan selain daripada matlamat asasi Yapeim ditubuhkan. Adalah menjadi darah daging pemimpin UMNO merembat selagi boleh, apa sahaja wang yang ditabungkan untuk kepentingan peribadi pemimpin itu sendiri.

Hidup Najib! said...

Alasan bangang dr org yg bengong...ckp nak pi jln2 udahla..apa ke jadahnya buat kursus kahwin smpai ke paris..aku pun nak..free lak tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...