GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, November 17, 2015

PAS tetap akan mengemukakan cadangan penyelesaian Bajet 2016 kepada kerajaan

Hj Hadi kata, Bajet 2016 tidak selari dengan prinsip syariah Islam. Bajet kali ini “menyenangkan kerajaan tetapi menyusahkan rakyat” terutamanya mengenakan cukai kepada golongan fakir dan miskin.

Menurutnya lagi, PAS tetap akan mengemukakan cadangan penyelesaian Bajet 2016 kepada kerajaan melibatkan tiga masalah utama, iaitu kejatuhan nilai ringgit, kebergantungan kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dan kos sara hidup. (Baca seterusnya di Malay Mail Online.)

Hj Hadi dan 3 lagi ahli parlimen PAS ponteng sewaktu pembentangan bajet bagi bacaan kali kedua kelmarin yang melihat Bajet 2016 itu diluluskan.

Nampaknya PAS mengulangi sekali lagi saranannya untuk jadi penasihat kepada kerjaan Umno/BN untuk membantu Bajet 2016 yang ditolak oleh pembangkang.

Sebelum ini, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki berkata, "Bajet yang dikemukakan oleh Datuk Seri Najib, tidak semuanya negatif, contohnya hampir 1.6 juta kakitangan kerajaan menunggu insentif atau saguhati yang diberi kepada mereka atas usaha mereka, lalu diberikan satu hingga dua kenaikan gaji, kemudian imbuhan." 

Beliau juga berkata, PAS bersedia menawarkan khidmat nasihat pakar-pakar parti itu dalam menghadapi isu-isu nasional yang menjangkau politik kepartian.    

Hj Hadi dan ahli parlimen PAS sepatutnya tidak hanya bercakap di luar parlimen sahaja. Mereka sepatutnya menyalurkan pandangan kepakaran yang mereka ada itu melalui perbahasan sewaktu bajet itu dibentangkan. 

Tetapi kenapa Hj Hadi dan kuncu-kuncunya gagal melakukannya? Kalau benar PAS ada kepakaran untuk menasihat, janganlah disorok-sorok, kami semua pun mahu tahu sejauh mana kebenaran dakwaan Hj Hadi yang kononnya mempunya ramai pakar.

Kita mahu mendengar hujah-hujah kepakaran dari Nik Abduh, Nasrudin at-Tantawi, Khairudin at-Takiri ....bukan rethorik di luar parlimen sahaja.
Comments
3 Comments

3 comments :

mfi usj said...

Maaf ana terlupa nak bagitau, Nama bajet yg akan dihantar ialah "bajet sardin cap din ayam 2016". Pakar yg menyediakan bajet ini ialah mat bin mas lansi.

Ana yg ikhlas.
Hj. Paul hadi stedlan.
Presiden Pasapco........."istiqomah dgn BN dlm menipu."

Anonymous said...

Kenyataan yang dibuat itu hanyalah kencing semata-mata, untuk menutup temberang ulaumak berserban 5 kilo.

nazi kelawar said...

Hai... rumah dah siap pahat berbunyi.Apakah ini sengaja dilentung dan dibunyikan supaya seantero dunia tahu... I fight for people.
Dah ketinggalan keretapi dah terlambat.Nasi dah basi.Bising dan mengamuklah diluar saja, tak boleh buat apa dah.Jenuh dan penat je jadi penyokong tegar PAS.Di sini sebagai ahli PAS perlu merenung dan muhasabah diri...; betulkah dan benarkah perjuangan sku selama ini atau adakah hanya untuk kepentingan segelintir pemimpin yang rakus yang bermain dengan agama sebagai landasan mendapat sokongan.Tidak rugi sesuatu itu dibawa mesyuarat dan tidsk sia sia istikharah untuk membuat keputusan yang tidak jahil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...