GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, November 01, 2015

PAS umpama ikan yang sedang menggelupoq ....

Mustafa Ali cuba mengambil kesempatan menangguk ikan dengan spendanya? Ha! ha! Ha!

 Dia cuba nak melaga-lagakan AMANAH dengan DAP melalui kenyataan Tony Pua bahawa DAP mungkin akan bertanding di lapan kerusi yang dimenangi PAS.

 Tindakan DAP itu memperlihatkan mereka tidak mempercayai rakan politiknya sendiri, seolah-olah tidak mempercayai sekutu mereka dalam Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara (Amanah), kata Mustafa Ali di sini 

 Reaksi Mustafa terhadap kenyataan Tony Pua itu hanya mendedahkan kepada kita betapa PAS 'menggelupoq' bila DAP menyatakan mahu mencabar di lapan kerusi PAS tersebut.

 Apakah Mustafa sudah lupa bahawa PAS sendiri telah menyatakan akan mencabar kerusi-kerusi yang dimenangi DAP dengan meletakan calon-calon dari DHPP? Ada tak DAP menggelupoq macam PAS? Kah! Kah! Kah!

 Tapi reaksi PAS adalah umpama ikan yang  terlalu gelojoh menelan bulat-bulat umpan yang dihulurkan oleh Tony Pua. Akibatnya kini menggelupoq di hujung joran .Waima kenyataan Tony Pua adalah seperti berikut:


DAP Selangor akan memulakan persediaan asas yg perlu untuk memastikan bahawa Pakatan Harapan akan menang dalam 8 kerusi negeri yang kami telah kenal pasti, yang kini dipegang oleh PAS.

 Mereka adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Cempaka, Dusun Tua, Paya Jaras, Seri Serdang, Meru dan Tj Sepat.

 Menjelang PRU akan datang, kami akan berunding dengan rakan-rakan kami, PKR dan Amanah kerusi-kerusi ini berdasarkan semangat Pakatan Harapan untuk menentukan peruntukan akhir kerusi.

 Kami memulakan kempen kami dengan makan malam mengumpul dana di DUN Tmn Templer pada 17/12 (Khamis) 07:30 @ Pusat Konvensyen iDEAL, Prima Selayang. Jumpa anda di sana!
 Tapi elok juga kalau kita kembalikan semula kepada Mustafa persoalan sama yang beliau bangkitkan - Apakah PAS tidak percaya dengan kemampuan para pemimpin yang rata-rata dari kalangan ulama' sendiri untuk berdepan dengan DAP? 

 PAS hanya mahu mengorbankan DHPP disembelih di kawasan yang dimenangi DAP. Kenapa PAS tidak mahu menempatkan mereka di tempat-tempat yang PAS fikir mampu menang? 

 PAS meletakan calon DHPP yang hanya merupakan ahli gabungan bersekutu mereka.Mengapa tidak berani meletakan calon dari pimpinan parti sendiri? Adakah sebab PAS sendiri sudah tidak yakin dengan janji-janji kemenangan Allah; yang sering PAS laungkan itu? 

 Sementara itu, Salahudin menyifatkan kenyataan DAP tersebut hanyalah tindak balas daripada hasrat PAS mahu meletakkan calonnya di kerusi yang dimenangi DAP pada pilihan raya umum akan datang.Ia hanyalah gurauan biasa.

 Salahudin menjelaskan Pakatan Harapan masih dalam proses mengukuhkan gabungan pembangkang  tak pun bincang lagi soal kerusi mana yang hendak ditandingi. 
Comments
2 Comments

2 comments :

tanya sama itu hud hud said...

Apa kesudahan kes video lucah stopa ali?
Ada sapa2 yg tau?

Borhan Sharif said...

Hud hud, orang dah jauh kedepan... lakukan sesuatu demi masa depan dan tak perlu la bicara pasal kontrol dan memek....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...