PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Tuesday, November 24, 2015

Peguam Negara suruh lepaskan lembu dari kandang ...

 Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh 
Ismail, suami Shahrizat, dikaitkan dengan skandal 
pembelian  kondominium. Tiga anak mereka juga 
berada dalam firma yang sama.
Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan dua pertuduhan berkaitan menggunakan dana syarikat.

 Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, supaya anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.

 Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir tidak membantah permohonan itu.

Sebab apa Pendakwa Raya tidak membantah? kah! Kah! Kah! Nak bantah pasal apa? Dia hanya cari makan .....

Syed Faisal memaklumkan kepada mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara membuat keputusan supaya Mohamad Salleh dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas meneliti surat representasi yang dikemukakan peguam pada 4 November lepas. Baca lagi  di sini

Rafizi Ramli mendakwa pentadbiran Najib Tun Razak telah meluluskan supaya NFC boleh menggunakan dana yang diberikan untuk penternakan lembu bagi tujuan membeli kondominium.


"Keputusan mahkamah ini, secara langsung pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak memberi mesej bahawa ia tidak sedikit pun peduli dengan kemarahan rakyat mengenai skandal NFC ini yang menyebabkan Ketua Wanita Umno, Dato’ Seri Shahrizat Jalil terpaksa meletakkan jawatan." Ikuti tulisan Rafizi Ramli di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...