GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, November 04, 2015

Pencetus 1MDB punca masalah bukan yang bercakap, kata Sanusi Junid

 Mereka yang memulakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mencetuskan semua masalah berkaitan dengannya sebenarnya lebih teruk berbanding yang hanya membincangkan skandal tersebut, kata bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid.

 Beliau yang dipercayai termasuk dalam senarai 7 pemimpin Umno yang bakal dikenakan tindakan disiplin berkata orang sepertinya, berani lantang bersuara tidak sepatutnya dijadikan sasaran.

 "Jika anda kata mereka yang bercakap tentang isu itu menyebabkan perpecahan, maka orang yang menyebabkan masalah itu timbul adalah lebih teruk berbanding yang bercakap tentangnya.

 "Bukan kami penyebab masalah, kami hanya bercakap tentangnya. Pastinya bercakap tentang masalah itu lebih baik berbanding menjadi pencetus masalah," veteran Umno itu berkata ketika diminta mengulas laporan mengatakan beliau antara 7 yang sedang berada dalam pemerhatian parti. 

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengasaskan 1MDB sebagai firma pelaburan strategik negara dan turut berfungsi sebagai pengerusi lembaga penasihatnya.

 Sanusi dikatakan tersenarai sebagai 7 individu yang bakal dikenakan tindakan kerana mengeluarkan "kenyataan tidak masuk akal" terhadap parti.

 Beliau hadir pada satu sidang media bersama 5 bekas pemimpin termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi menuntut kerajaan agar tidak menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) terhadap pengkritik parti.

Selain Sanusi, turut dikatakan berada dalam senarai pemerhatian ialah Dr Mahathir, Muhyiddin, Shafie Apdal dan bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin, yang semuanya secara terbuka mengkritik Najib berhubung 1MDB. (Baca lagi di sini )
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...