Tuesday, November 17, 2015

Penjualan loji janakuasa : 1MDB main wayang rupanya.....

Bantahan PKR dan Rafizi memang ada asasnya, tetapi dalam masa yang sama memang itulah yang dimahukan oleh 1MDB dan kerajaan.

 Dengan itu, jika TNB yang dipilih untuk membeli Edra, ia tidak lagi dilihat sebagai penyelamat hutang-hutang 1MDB semata-mata, bahkan juga kononnya untuk menjaga kepentingan ekuiti negara tidak terlepas ke tangan asing dan untuk memastikan kadar tarif letrik tidak ditentukan oleh pihak luar.

 Namun, jangan lupa, apabila TNB yang dipilih membeli loji-loji janakuasa itu, ia bukan saja menambahkan beban syarikat utiliti negara itu, tetapi juga menjadikan rakyat menanggung sekali lagi beban 1MDB.

 1MDB adalah milik kerajaan dan TNB juga milik kerajaan. Jika kali pertama 1MDB meminjam wang melalui penjualan bon yang dijamin kerajaan untuk membeli loji-loji itu, melalui pembelian oleh TNB kali ini, ia sudah tentu perlu meminjam wang juga untuk membelinya.

 Sebagai syarikat kerajaan, saham-saham TNB hanya kira-kira 15 peratus saja yang diapungkan di pasaran terbuka dan selebihnya adalah milik kerajaan melalui pelbagai agensi pelaburan dan pemegang amanahnya.

 Bermakna, jika TNB meminjam wang untuk membeli loji-loji Edra itu, ia sebenarnya turut saja melibatkan kepentingan rakyat sama.

 Kali pertama ketika 1MDB membuat pembelian, kerajaan menjadi penjamin yang bermakna hak-hak rakyat dijadikan cagaran, kali kedua untuk menyelamatkan hutang-hutangnya, sekali lagi hak rakyat dipertaruhkan.

TNB bukan tidak sedar dan tidak bimbang dengan keadaan ini. Tetapi apa pilihan yang mereka ada?

 Lantaran itu, kakitangan TNB telah mengadakan solat hajat pada Jumaat lalu memohon perlindungan dan petunjuk Tuhan berhubung kemelut ini. 

Dengan ini, dalam isu 1MDB ini saja, dua agensi kerajaan sudah mengadakan solat hajat memohon perlindungan dan agar terus diberkan kekuatan iaitu TNB dan SPRM. Tidak pernah ada syarikat lain selain 1MDB yang menimbulkan masalah sebegini rupa kepada mana-mana agensi kerajaan sebelum ini.

 Secara mudahnya, penjualan loji-loji janakuasa itu ialah sebahagian pelan rasionalisasi hutang 1MDB, tapi adakah ia rasional kepada rakyat? Sila baca sepenuhnya  ~ di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...