GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, November 29, 2015

PKR perlu berani meninggalkan Pakatan Harapan, kata PAS

Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali menegaskan bahawa matlamat Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ialah pertandingan satu lawan satu dan pertikaian dalam gabungan itu perlu diselesaikan.

 Azmin berkata demikian ketika mengulas kenyataan pemimpin PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri yang menuntut PKR tidak membenarkan Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Baca lagi di sini.

Komen al-husseyn :

Persoalannya, mampukah Azmin membendung nafsu serakah PAS yang mahu bertanding di semua kerusi melawan UMNO dan BN dan menafikan hak demokratik AMANAH untuk bertanding sama?

Malah PAS pernah menyatakan akan meletakan calon dari DHPP untuk lawan kerusi yang dimenangi DAP!

Sikap PAS ini sangat pelik bila mana dia menganggap AMANAH sebagai pengkhianat dan lebih jahat dari musuh (Umno) dan perlu dihapuskan.

PAS yang semakin mesra berpeluk dengan Umno tapi mahu melawan Umno hanyalah semata-mata bertujuan untuk menaikkan 'harga diri' mereka dalam perundingan dengan Umno.

PAS di waktu kemundurannya dahulu sebelum bersama Pakatan Rakyat, sebelah mata pun Umno tak pandang!

Tapi bila PAS mula mengecap sedikit kejayaan bersama PR, mulalah Umno mengenyit mata menjadikan PAS lupa diri hingga sanggup merobohkan tangga yang dibina bersama dengan PR untuk naik; semata-mata akibat tergoda dengan mainan Umno yang kononnya akan membantu PAS melaksanakan Hudud.

Semua kita tahu Hudud yang dikatakan itu hanyalah alat untuk melingkupkan Pakatan Rakyat. Setelah PR lingkup, Hudud pun senyap ikut sama lingkup! 

Setelah PR sudah tiada, apa lagi yang mahu diharapkan untuk duduk dan berbincang? 

PAS nak lawan Umno kena tunggu wahyu ...
Jangan mimpilah untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) secara pertandingan satu lawan satu. Waima ketika PR dulu pun PAS mengkhianati konsensus yang di capai hingga berlakunya petandingan tiga penjuru yang telah menghadiahkan kemenangan kepada Umno dibeberapa kawasan.

PAS sebenarnya bukan musuh Umno/BN. Musuh PAS ialah DAP dan AMANAH , sebab itu PAS siang malam kerjanya hanya menyerang DAP dan AMANAH. 

PAS benar-benar mengambil alih kerjabuat Umno  yang dulunya hanya Umno yang buat.

PAS semakin angkuh mendabik dada yang ianya semakin kuat dan menggesa PKR supaya memilih PAS sebagai rakan dan meninggalkan Pakatan Harapan jika mahu bersama PAS.

"PKR perlu berani meninggalkan Pakatan Harapan. PAS tidak akan berundur. PKR perlu memilih. Jika mahukan Pakatan Harapan tidak perlu bersama dengan PAS." Begitulah kata dua yang diberikan 
Khairuddin at-Takiri melalui status fesbuknya yang dimuatnaik malam tadi.

Beliau mengingatkan PKR bahawa PAS lebih diperlukan 
dalam konteks pilihanraya dan undi berbanding DAP atau PAN kerana mempunyai jentera kerja yang ramai dan kuat!

"Hakikat yang mesti diperakui oleh PKR ialah mereka bertanding pada Pru ke 12 dan 13 dengan pergantungan besar kepada jentera PAS."

Beliau merujuk kepada PRK Kajang yang kononnya jentera PASlah yang menjadi nadi gerak kerja bagi mendapat sokongan masyarakat Melayu dan Islam.

 Malah beliau dengan sinis menempelak PKR yang dianggap tidak mempunyai penyokong teras dengan berkata, "Kalau DAP teras sokongannya adalah masyarakat cina, PAS pula masyarakat Melayu dan Islam maka apakah pula undi teras PKR?"
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Besar kemungkinan tidak mustahil akan berulang Hadi awang akan mengulangi krisis dua calun pada PRU14 nanati bila berlakunya calun Amanah diletakan sebagai calun dalam PRU14 nanti dari awal kita sudah dapat lihat busuknya hati pemimpin yang mengaku ulama memberi amaran pada PKR apakah pemimpin PKR tidak mahu sedar dari mimpi mereka ,pada pemimpin PKR jika masih juga mahukan PAS bersama dengan gabungan pembangkang dalam PRU14 nanti usahakanlah singkirkan Hadi awang dulu dari memimpin PAS yang sudah terkeluar dari matlamat parti poloitik jangan salah gunakan nama islam untuk kepentingan peribadi,memang benar parti PAS berjuang berteraskan islam tapi hari ini pemimpin yang mengaku ulama besar telah tersasar dari perjuangan sebenarnya, dengan mengunakan pelbagai sumpah yang tiada lansung termaktub dalam perjuangan sebuah parti,janganlah gunakan ilmu agama untuk menakutkan penyokong yang buta dengan ilmu agama,cukuplah setakat usia kita yang telah melangkau had amalan yang telah kita tingalkan semasa muda dulu bertaubatlah demi untuk menegakkan kebenaran dari berbohong dengan pelbagai alasan.

tok janggut said...

Bila PKR pilih Pakatan Hrapan, PAS perlu keluarga dari barisan kerajaan Selangor. Mula lah PAS meroyan...

Anonymous said...

Sapa mapuh doh aku tak cayo geng ganu ni
meme tak leh paka
geng ni make saing...

"Nukilan - Aku Prihatin" said...

Seronok tengok komen dari ustaz jenis lupa diri dan ingat diri tu hebat sgt dlm politik ... Huh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...