PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, November 26, 2015

Polis patut kenakan PM Najib tuduhan sembunyikan maklumat ....

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengancam Charles Suresh Morais, adik kepada mendiang Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais kerana tidak menyerahkan maklumat mengenai pembunuhan Anthony Kevin.

Charles Suresh Morais, mendakwa bahawa beliau mempunyai beberapa maklumat mengenai pembunuhan Anthony Kevin.

 Beliau perlu menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan. Pegangan apa-apa maklumat boleh dianggap sebagai suatu kesalahan, kata KPN.

 "Saya cadangkan bahawa dia (Charles Suresh) berkongsi maklumat dengan pihak polis supaya tindakan boleh diambil. Pihak polis tidak akan dapat bertindak tanpa maklumat mengenai si mati (Anthony) Kevin," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini. Baca lagi di sini

Komen al-Husseyn :

Jika Charles boleh di dakwa kerana kononnya menyembunyikan maklumat, mengapa Najib tidak dikenakan tuduhan yang sama kerana menyembunyikan maklumat mengenai penyumbang RM 2.6 billion yang masuk ke dalam akaun peribadinya?

Bekas Peguam Negara, Gani Patail juga mempunyai maklumat yang sebenar mengenai draf kertas pertuduhan keatas PM Najib , samada ia sahih atau palsu sebagaimana yang didakwa oleh Apandi Ali, Peguam Negara baru yang menggantikan Gani Patail. 

Kenapa polis tidak mahu minta penjelasan daripada Gani Patail atau kenakan Gani Patail tuduhan kerana menyembunyikan maklumat mengenai wujudnya draf kertas pertuduhan tersebut.

 Jelas sekali orang ramai telah hilang keyakinan terhadap polis dan semua pihak berkuasa lain kerana menjadi robot permainan sang penguasa.

Rakyat marah bila polis melepaskan Ali Tinju bagi kejadian di Low Yatt atas alasan  keterangan tidak cukup untuk mendakwanya.

Rakyat marah bila DPP membiarkan pesalah NFCorp lepas bebas begitu sahaja. Sebaliknya Rafizi Ramli, orang yang mendedahkan skendal NFCorp itu pula yang mendapat susah naik turun mahkamah dengan pelbagai tuduhan. Akhirnya kita dapati, duit untuk beli lembu boleh digunakan untuk beli dua kondominium mewah!

Rakyat juga marah bila melihat ada orang seperti Khairuddin dan Matthias Chang yang membuat laporan polis di luar negara supaya siasatan dilakukan ke atas skandal 1MDB kerana PDRM terlalu lembab; tetapi sebaliknya dituduh pengkhianat dan cuba pula dikenakan dengan SOSMA.

 Hentikanlah mengancam rakyat yang mahu mendedahkan kebobrokan pemerintahan yang ada.

Charles Suresh Morais telah hilang keyakinan terhadap polis dan semua pihak berkuasa lain, sebab itu beliau membuat pendedahan umum terlebih dahulu supaya rakyat mendapat maklumat yang benar.

Polis jangan harap orangramai akan datang berpusu-pusu membantu memberikan keterangan kepada polis jika ianya hanya akan menyusahkan diri mereka sendiri.
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Betul..mmg betul...100% betul...tidak dinafikan itu betul.

Anonymous said...

Polis diMalaysia mana ada tel** untuk nak siasat pemebesar negara kena tengking terus terduduk lagi pula jika siasat juga alamat bila bersara balik kampung tanam ubi kayu itu pun kalau ada kampung dan masyarakat kampung mahu terima jika tidak alamtnya makan duit pencen sajalah.

Anonymous said...

Jika bahan bukti itu diserahkan, nanti Khalid bakar pula.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...