GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, November 24, 2015

Presiden PAS didesak berdebat dengan Husam dakwaan kerjasama dengan Umno

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak supaya tampil ke depan berdebat dengan Datuk Husam Musa berhubung dakwaan mahu menubuhkan kerajaan dengan Umno di Selangor tahun lepas.

Bekas AJK PAS Pusat Khalid Samad berkata, itulah langkah terbaik menguraikan kekusutan ekoran dakwaan itu.

 "Sebagai pemimpin, Hadi perlu bersikap telus dan berterus terang dengan ahli dan masyarakat, sama ada benar usaha ke arah pembentukan kerajaan bersama Umno-Barisan Nasional (BN) di Selangor yang beliau usahakan pada 2014," kata Khalid dalam kenyataannya hari ini ekoran desakan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali agar beliau membuat penjelasan mengenai dakwaan itu.

 Menurut ahli Parlimen Shah Alam itu, peristiwa 2008 berlaku 7 tahun yang lepas dan ianya sudah lama berlalu dan suasana sudah berubah.

 "Kalau masih ingin dibahas, tiada masalah. Tetapi yang lebih penting, adalah yang lebih semasa.

 "Debat berhubung usaha pembentukan kerajaan PAS-Umno di Selangor pada 2014 perlu diadakan dengan kadar seberapa segera. Itu yang merupakan tumpuan dakwaan Husam.

 "Supaya kesemuanya akan dengan itu menjadi jelas dan nyata dan tiada yang ditipu atau dilalaikan dengan kata-kata manis sambil usaha sebaliknya dilakukan," kata Khalid mengulas desakan Mustafa agar beliau menjelaskan mengenai peristiwa 2008 itu. – 24 November, 2015. ~ sumber
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Hadi jika diminta mencandat sotong bersaing dengan Husam, pun belum tentu dia berani.

Anonymous said...

Kih3

Wan Rosli said...

Macamana seorg yg MENANG jawatan presiden perlu membuang masa utk melayan seorang calon NAIB presiden? Yg KECUNDANG pulak tuh..

Kalau ikut kata calon ajk pas khalid samad yg juga KECUNDANG, nampaknya presiden perlu luangkan masa juga jika calon2 lain yg KECUNDANG utk jawatan presiden, timbalan presiden dan 2 lagi naib presiden mengajak tuan presiden berdebat.. tu belum dikira calon2 yg MENANG jawatan timbalan presiden dan 3 lagi naib presiden kalau mereka juga ajak tuan presiden berdebat..

Jadi nampak sgt x logiknya tuan presiden perlu membuang masa melayan kerenah calon NAIB presiden yg KECUNDANG.. lagipun, sepatutnya isu ini sebenarnya perlu diketengahkan ketika mula2 'berlaku' jika benar ianya berlaku.. barulah nampak kredible sikit.. ini x.. bila dah KECUNDANG barulah nak menyalak, nampak sgt x ikhlasnya segala 'teguran' yg dibuat..

Anonymous said...

husam kalu duduk selfie atas balak lg bagus,

Anonymous said...

Mad yakob & nik amar lebih sesuai dok selfie atas balak di ulu sat. Haha

Anonymous said...

Tidak nampakkah iq bangang kewanroslian di atas? Inilah tahap mental orang tidak siuman.

Jika Hadi merasakan dirinya telah difitnah oleh Husam, tindakan yang sepatutnya diambil adalah mengarahkan Husam menarik balik dakwaannya dalam tempoh 10 hari contohnya, jika Husam gagal memenuhi kehendaknya itu maka Husam patut disaman. Sebabnya fitnah Husam telah mencemar reputasi ulama tersohor diperingkat antara bangsa. Tindakan yang lebih lunak boleh dilakukan oleh Hadi adalah buktikan dirinya tidak seperti difitnah oleh Husam, dengan berwacana secara terbuka. Dengan itu, jika dakwaan Husam terbukti merupakan satu fitnah, nama Hadi akan lebih suci dan Husam pula akan kehilangan kepercayaan ramai. Tetapi, mengapa Hadi membiarkan sahaja fitnah itu tanpa tindakan balas? Aku yakin, apa yang diperkatakan Husam itu adalah benar. Kalah atau menang pemilihan bukanya boleh menjadi kayu pengukur.
Wan Rosli, elok kamu makan ubat supaya tidaklah gila memanjang.

Anonymous said...

Ya atau tidak? Hadi dah rancang nk pakat dgn bn pd 2014. Tp bila 2 adun pas sokong w.azizah mb selangor hadi frust tonggeng. Hadi pasti takut debat dgn husam. Fakta jelas. Hadi bukan suka debat. Parlimen ponteng je. Malang pas ada presideng hadi awe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...